Leonardo Bonucci menyakat peminat England dengan menyatakan bahawa bola sepak itu tak pulang ke rumah tetapi terbang ke Rome.
Sambil beliau meminta peminat England untuk makan lebih banyak pasta selepas ini.
Itali menjuarai Euro selepas menewaskan England dalam penentuan penalti – selepas kedua dua pasukan terikat 1-1 untuk 120 minit.
Itali mengarak piala Euro mengililingi Wembley yang menjadi stadium keramat England. Dan beliau berkata: “Lebih banyak pasta! Kita mesti makan lebih banyak pasta!”
“Ini akan datang ke Roma!”, kata Bonucci di hadapan kamera menyindir slogan Inggeris ‘It’s coming home’ yang sering diucapkan pada Euro 2020.
🇮🇹 Bonucci: "It's coming to Rome!"@azzurri | #ITA | #EURO2020 pic.twitter.com/ZtDM5xY1xK
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) July 11, 2021
Slogan ‘bola sepak pulang ke rumah’ itu sendiri bermula pada Euro 1996 dari mulut dua pelawak Britain, Frank Skinner dan David Baddiel. Merujuk kepada bola sepak kembali pulang ke negara penciptanya.
Namun selepas 1966, bola sepak tak pernah pulang lagi. Itali menjadi penghalang mereka kali ini. Salah satu momen paling hampir untuk mereka meraikannya.
Itali unggul dengan mencatat 34 perlawanan tanpa kalah.
“Rasanya sangat unik dan kami menikmatinya. Melihat 65,000 orang pergi meninggalkan stadium sebelum piala diserahkan adalah sesuatu yang menggembirakan.”
🗣️"It's a unique pleasure. I'm sorry for the English fans but it was very nice to see them leaving the stadium. They all thought it was coming home, but it's coming to Rome. Very nice to see, indeed."
-Bonucci pic.twitter.com/afkwEi2x3N
— Football Talk (@FootballTalkHQ) July 12, 2021
“Sekarang trofi itu akan datang ke Rom [going to Rome]. Mereka fikir trofi itu akan pulang dan tinggal di London, maaf, tetapi Itali sekali lagi memberikan pelajaran kepada kamu, ” kata Bonucci kepada RAI Sport.
“Kami tidak kalah dalam 34 perlawanan, yang kami perlukan adalah melakukan apa yang telah kami lakukan setakat ini, tidak lebih dan tidak kurang.”
Itali juga menamatkan penantian panjang Euro mereka, di mana kali terakhir mereka menjuarainya adalah pada 1968.
Baca juga artikel
Emi Martinez: Kisah Wira Argentina Yang Tinggalkan Arsenal Selepas Diberitahu Dia Bukan No.1
Shearer Kritik Southgate Masukkan Rashford & Sancho Semata Mata Untuk Ambil Penalti