Alan Shearer menganggap pertukaran khas dibuat Gareth Southgate dengan memasukkan Rashford dan Sancho adalah satu kesilapan. Di mana menurut beliau Southgate dengan jelas memasukkan dua pemain tersebut untuk menggalas tugasan sepakan penalti.
Mereka adalah pemain muda, dan pengurus pula meminta mereka melaksanakan tugasan yang sangat besar dalam aksi final.
Shearer menganggap 3 pemain muda yang gagal menyempurnakan penalti itu, sebagai sangat berani untuk tidak menolak tugasan itu pada malam paling besar dalam sejarah England selepas 1966.
England tewas dalam penentuan penalti selepas terikat 1-1 sepanjang 120 minit aksi.
Rashford dan Sancho yang dibawa masuk untuk semata mata mengambil sepakan penalti gagal menyempurnakan tugasan mereka. Sementara pemain remaja, Bukayo Sako turut gagal dengan penaltinya diselamatkan Donnarumma.
Southgate membuat pertukaran sangat lewat. Beliau kelihatan tidak berminat untuk memasukkan dua pemain ofensif itu lebih awal untuk mengejar gol kedua. Sebaliknya menunjukkan niatnya mahukan dua pemain itu untuk menjadi pelaksana penalti semata mata.
Shearer berkata: “Itu adalah permintaan yang sangat besar. Kamu memasukkan dua pemain dengan hanya seminit sahaja tinggal aksi di atas padang dan berkata kepada mereka: ‘kamu berdua akan mengambil penalti untuk kita’.”
Alan Shearer: “It’s a big ask to put two players [Rashford & Sancho] on with a few minutes to go and ask them to take penalties. It’s big pressure when they’ve not kicked a ball. It’s a big ask. Mentally you have to get yourself right. You’ve not kicked a ball for a few hours.” pic.twitter.com/DjrkTCIhBf
— MUFC Scoop (@MUFCScoop) July 11, 2021
“Pemain kamu memang sudah dalam tekanan, dan kamu meletakkan tekanan tambahan kepada pemain yang langsung tidak merasai bola atau bola sepak pada malam itu, tidak terlibat dalam perlawanan langsung.”
“Dan kamu meletakkan mereka dalam situasi itu, meminta sesuatu yang besar.”
Namun Rio Ferdinand tidak setuju dengan Alan Shearer. Di mana menurut Ferdinand bahawa sudah dari dulu lagi ada pengurus yang memasukkan pemain hanya untuk tugasan penalti.
“Itu sudah berlaku lama dah, ramai pengurus yang memasukkan pemain untuk tugasan penalti.”
“Mungkin tak selewat ini, tapi biasanya memang hujung hujung sebelum penalti, dalam 5, 4, atau 3 minit sebelumnya. Pemain pemain ini masuk ke padang untuk mengambil penalti sebab mereka memang sudah dikenali sebagai pelaksana penalti.”
“Rashford memang dikenali sebagai pelaksana penalti di Man United. Perkara seperti ini [gagal sempurnakan penalti] memang biasa. Kita tengok beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pemain nama besar yang gagal menyempurnakan penalti.”
“Mereka ini pemain muda, kalau imbas kembali ke masa lalu, pemain nama besar, Roberto Baggio misalnya, pun gagal sempurnakan penalti.”
Shearer membalas balik jawapan Ferdinand itu dengan berkata: “Maksud saya, apabila kamu tidak memainkan peranan besar dalam temasya ini Rio, ataupun dalam perlawanan ini. Kemudian kamu dimasukkan dan meminta kamu melakukannnya seminit sebelumnya.”
Rio Ferdinand stepped in to disagree…https://t.co/VqFn7nmOpt
— Man United News (@ManUtdMEN) July 11, 2021
“Secara mentaliti, kamu harus memastikan kamu benar benar dalam situasi yang tepat. Kamu tak sepak bola langsung dan duduk bersandar selama 3 jam.”
Baca juga artikel
Emi Martinez: Kisah Wira Argentina Yang Tinggalkan Arsenal Selepas Diberitahu Dia Bukan No.1
Emi Martinez: Kisah Wira Argentina Yang Tinggalkan Arsenal Selepas Diberitahu Dia Bukan No.1