Bola sepak Indonesia kembali memakan korban jiwa apabila seorang penyokong PSS Sleman meninggal dunia setelah dibelasah oleh sekumpulan penyokong PSIM Yogyakarta.
Menurut laporan media tempatan, mangsa yang bernama Aditya Eka Putranda, seorang remaja berusia 18 tahun meninggal dunia ekoran perseteruan antara penyokong PSS Sleman dan PSIM Yogyakarta dan pihak polis telah menetapkan seramai 12 orang sebagai suspek utama.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, ada dua motif terhadap kes penyerang ini iaitu yang pertama, suspek mengakui ada serangan yang dilakukan oleh beberapa individu dari kumpulan penyokong PSS Sleman, Brigata Curva Sud (BCS) dan perkara ini membuatkan suspek serta beberapa rakannya melakukan tindakan balas.
Motif kedua, ada tindakan provokasi dari salah seorang suspek terhadap rombongan mangsa yang mahu pulang selepas menyaksikan perlawanan Liga 1 antara PSS menentang Persebaya sekaligus mencetuskan pergaduhan diantara kedua kumpulan penyokong yang menyaksikan seorang meninggal dunia.
Pergaduhan tersebut menyebabkan tiga penyokong PSS mengalami kecederaan yang serius manakala Aditya Eka meninggal dunia kerana mengalami luka parah akibat daripada libasan parang yang digunakan oleh penyokong PSIM.
Setelah Ramai Kritikan, Ketum PSSI Minta Waktu Untuk Gelar Piala Indonesia 2022/2023
Pihak polis juga memberikan butiran mengenai cara suspek memukul mangsa sehingga meninggal dunia dimana seorang suspek melanggar mangsa menggunakan motosikalnya, seorang lagi memukul mangsa menggunakan senjata tumpul dan kemudiannya suspek lain melibas mangsa dengan menggunakan sabit.
“Kejadian ini tidak berlaku hanya sekali. Kita sudah menyaksikan peristiwa seperti ini berlaku dan saya ada data mengenainya. Kami meminta agar kerajaan setempat segera menyelesaikan perseteruan ini. Jika tidak, sampai bila kejadian seperti ini terus berlaku?,” memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis.
Paling mengejutkan, ada seorang suspek yang masih berada di bawah umur yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dan pihak polis memberi jaminan semua suspek akan dikenakan hukuman berat jika disabitkan kesalahan.
“Ada suspek yang masih dibawah umur. Kesalahan membelasah secara berkumpulan seperti ini sehingga menyebabkan kematian akan dikenakan hukuman selama 15 tahun penjara.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Final Piala FA 2022: Jangan Cuba Lakukan Kekacauan, Tindakan Tegas Menanti