Skuad Gergasi Merah dijangka berwajah baharu dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan apabila jurulatih dari Jerman, Michael Feichtenbeiner tidak lagi mengendalikan pasukan tersebut.
Menurut laporan daripada New Straits Times, kontrak Feichtenbeiner akan tamat pada tahun ini namun pengurusan Selangor FC tidak berminat untuk melanjutkan khidmatnya.
Justeru itu, Nidzam Jamil akan terus melatih Selangor sehingga tamat musim ini dan prestasinya juga sedang dinilaikan oleh pihak pengurusan. Pasukan tersebut dikritik hebat oleh penyokong setia selepas mencatat 4 kekalahan berturut-turut sehingga terlepas peluang beraksi di pentas Asia.
“Kami sedar penyokong tidak begitu gembira dan kami akan membuat perubahan untuk musim depan. Michael Feichtenbeiner tidak lagi terlibat dalam pasukan.
“Pasukan sekarang 100 peratus dibawah jurulatih sementara, Nidzam Jamil. Feichtenbeiner hanya membantu peralihan dan penyerahan untuk musim baharu sehingga pengganti masuk,” kata CEO Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon seperti dipetik dalam NST.
#NSTsports #Selangor, the former giants of Malaysian #football, will ditch their German DNA and start anew next season.https://t.co/0ml0GHhi4u
— New Straits Times (@NST_Online) August 28, 2022
Bagaimanapun, Nidzam akan dibantu oleh seorang lagi jurulatih dari Jerman, Karsten Neitzel sebelum mereka mengumumkan pengendali baharu untuk musim depan.
“Kami akan menilai prestasi Nidzam terlebih dahulu dengan pasukan. Kami tidak tergesa-gesa untuk mengambil jurulatih baru.
“Ada calon, dan kami sedang menyaring mereka. Pembantu Feichtenbeiner, Karsten Neitzel adalah sebahagian daripada barisan jurulatih Nidzam,” jelas Dr Johan.
Selepas dua perlawanan dibawah kendalian Nidzam Jamil, Selangor belum lagi mencatat kemenangan dan kini berada di kedudukan ke-9 Liga Super dengan 16 mata.
Tugas sukar sedang menanti mereka pada 3 September ini apabila dijadualkan menentang juara bertahan dan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium MBPJ.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siaran langsug perlawanan Selangor menentang JDT di saluran TV9 pada pukul 8.00 malam yang dibawakan khas oleh media prima.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Final Piala FA Serentak Dengan Konsert Dewa 19, Bukit Jalil Dijangka Sesak Teruk Pada 10 September
Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Dihantar Ke FIFA Untuk Pencalonan Anugerah PUSKAS