Berita perpindahan pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin ke kelab Belgium, KV Kortrijk baru-baru ini mencuri tumpuan dan menjadi bualan para peminat bola sepak tempatan.

Ini adalah sejarah baharu dalam bola sepak tempatan kerana Luqman merupakan produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang pertama mendapat tempat beraksi di eropah.

Bagaimanapun, bekas pengendali skuad bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak mengingatkan Luqman agar sentiasa bekerja keras setiap masa untuk merebut tempat dalam skuad utama kerana saingan di eropah sangat sengit serta dibarisi ramai pemain berkualiti.

“Nasihat saya kepada Luqman adalah jangan mengharapkan bantuan daripada sesiapa pun. Tak ada pemain yang ingin kehilangan tempat dalam satu pasukan.

“Ini seperti medan perang dalam latihan. Tak ada tempat untuk pemain yang lemah dan kurang menonjol.  Luqman harus bekerja keras dan cepat menyesuaikan diri dalam semua aspek.

“Saya tahu kerana saya pernah bermain di Eropah sebelum ini, dan saya tahu bagaimana rasanya berada di sana,” kata Hodak dalam temu bual bersama New Straits Times.

h12p5vfpmarxi3jsvkop
Bojan Hodak kini melatih PSM Makassar. FOTO: AFC

Bojan Hodak yang pernah membimbing JDT dan Kelantan turut berharap Luqman mula membina otot dan memperbaiki tahap fizikal supaya dapat bersaing dengan pemain eropah yang kebanyakan mempunyai ketinggian 180cm ke atas. 

Menurut beliau, skill atau taktikal bukan masalah utama pemain Malaysia. Jika mahu berjaya di luar, mereka perlu memperkuatkan diri agar dapat membantu pasukan mencapai kemenangan.

“Kelab eropah lebih gemar seorang penyerang yang kuat dan ada skill. Luqman belum ada size fizikal lagi. Tetapi, dia masih muda lagi dan ada masa yang panjang untuk membina otot.

“Luqman seorang penyerang berbakat cuma perlu gilap lagi. Saya doakan beliau berjaya dan berharap dia dapat membanggakan Malaysia,” ujarnya.

Pendapat beliau tentang tahap fizikal pemain tempatan turut disokong oleh bekas pemain ragbi negara, Iskandar Salleh yang merupakan pemegang sijil level 2 strength & conditioning daripada World Rugby.

mj-618_348_how-to-do-a-perfect-squat

Katanya, program Strength & Conditioning kelab Liga Malaysia perlu diubah agar semua pemain tempatan setanding dengan pemain antarabangsa yang lain.

“Masalah kita terletak pada strength & conditioning yang tidak mencapai standard antarabangsa. Setiap sukan berbeza strength & conditionnya based on demand of the sports.

“Salah training, maka gagal lah hasilnya. Sebagai contoh stamina. Stamina pemain bola sepak tidak sama dengan stamina distance runner. Jika runner berlatih berlari non stop, footballer berlari interval (jog,run) bersesuaian dengan demand of the sports. Jadi masalah sebenarnya terletak pada diet, resistance training dan recovery,” jelasnya kepada Vocket FC.

Beberapa hari lepas, laman sosial rasmi KV Kortrijk, telah memuatnaik sebuah video khas untuk mendedahkan bahawa penyerang muda itu bakal menyarung jersi no.9 bersama kelab itu.

Pada dasarnya, no.9 melambangkan seorang pemain yang penting dan tugas berat sedang menanti bekas pemain Selangor II itu.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Kenali Terem Moffi, Pesaing Utama Luqman Hakim Untuk Posisi Penyerang Utama Pasukan

“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim

Video Pengenalan Luqman Oleh KV Kortrijk Cetus Rasa Bangga Peminat Tempatan