Penyerang skuad kebangsaan Jerman dan Bayern Munich, Thomas Muller kini mempunyai bisnes baharu untuk mencari pendapatan sampingan. Beliau merancang untuk jadi jutawan dengan menjual sperma kuda bersama isterinya, Lisa Trede.

Pasangan ini merupakan pecinta kuda. Malah, Lisa juga merupakan seorang penunggang kuda berstatus semi profesional dan juara sukan berkuda dressage. Mereka turut memiliki kandang kuda sendiri yang bernama Gut Wettlkam.

Sebagai resolusi untuk menghadapi ekonomi yang mencabar pada tahun 2021, Muller dan Lisa ingin melebarkan sayap dengan menjual sperma kuda kepada para penternak haiwan tersebut supaya dapat melahirkan baka kuda yang berkualiti.

Ia dipanggil sebagai proses inseminasi buatan. Ini adalah cara untuk memasukkan air mani yang telah diproses daripada baka penternakan jantan ke dalam saluran kelamin kuda betina.

Difahamkan harga sperma kuda bermula pada £1,700 (RM9,400). Di eropah, ia sentiasa mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengemar kuda dan Muller menyifatkan situasi itu sebagai peluang untuk menjadi jutawan.

Gut Wettlekam memiliki tiga kuda jantan yang berkualiti iaitu D’avie, Four Roses, dan Bowmore.

“Lisa dan saya telah mengambil keputusan langkah yang seterusnya dalam ‘kehidupan kuda’ kami. Gut Wettlkam menantikan musim kahwin 2021 dengan kuda jantan kami.

“Kuda D’avie akan memiliki sperma yang paling mahal kerana prestasinya yang menakjubkan dalam beberapa kejohanan,” tulis Muller melalui laman instagram.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak eropah melalui pautan dibawah. 

Spurs Terus Tertunggu Status Perlawanan, Mourinho Sindir PL Sebagai Terbaik Di Dunia

Portimonense SC Dijangka Bersetuju Bawa Honda Keisuke Beraksi Untuk Baki Musim 2020/2021

Klopp Puji Semangat Juang Pemain Namun Akui Ketumpulan Serangannya