Sadio Mane ingatkan Thomas Muller agar tidak terhantar bola kepada Robert Lewandowski ketika kedua dua pasukan akan bertemu dalam aksi UCL. Muller akan beraksi pada harijadinya yang ke-33 dalam perlawanan itu nanti.
Baca juga artikel
Martial Mengutuk Mourinho Secara Terbuka: “Dia Tak ‘Respect’ Saya”
Kecewa Tak Dimasukkan, Asensio Mengamuk Depan Ancelotti Sambil Sepak Botol Air
Analisis Taktikal Final Piala FA 2022: JDT Kalahkan Terengganu Dalam Banyak Aspek
Muller sebelum ini menjadi gandingan yang ikonik bersama Lewandowski. Dan kini akan bertentang sebagai musuh di atas padang kerana Lewandowski akan mewakili Barcelona.
Muller tidak akan pernah lupa kehebatan Lewandowski sepanjang 8 tahunnya di Bayern.
“Kami mahu memaksa diri kami dalam pertarungan dan kami mahu menjadi sangat dahaga selepas kehilangan bola.”
“Perlawanan ini akan terbuka. Saya fikir esok adalah perlawanan yang akan digemari oleh penonton neutral”, jelas pemain antarabangsa Jerman itu, yang jelas bermotivasi tinggi untuk memenangi perlawanan besar itu.
Mane ingatkan Muller jangan terhantar bola kepada Lewandowski
Mengenai pertemuan semula dengan Muller, dia menjelaskan bahawa Sadio Mane sudah lebih seminggu sentiasa mengingatkannya agar tak membuat kesilapan dengan menghantar bola kepada Lewandowski.
Muller menambah: “Sadio [Mane] telah berseloroh selama 10 hari ini mengingatkan saya supaya tidak membuat kesilapan dan menghantar bola kepada Lewandowski semasa perlawanan itu nanti.”
“Kami perlu bermain permainan kami esok dan tidak terlalu fokus kepada Lewy”.
Thomas Muller: 🗣 “For the past ten days. Sadio Mané has been joking with me to be careful not to accidentally pass the ball to Robert Lewandowski”
🤣🤣🤣 pic.twitter.com/wWVSQlomwp
— SPORTbible (@sportbible) September 13, 2022
Lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Lewandowski yang dia pernah gelar sebagai Lewangoalski, Muller berkata dia akan sentiasa rapat dengan pemain itu di luar padang.
Namun di atas padang, fokusnya adalah bersama sama dengan rakan rakannya yang lain. Muller gembira dengan perkembangan skuad Bayern yang semakin berkembang pada era Nagelsmann dengan kehadiran ramai pemain baharu.
Muller berkata: “Hubungan kami di atas padang berkembang dari masa ke masa.”
“Tetapi kini kami mempunyai banyak pemain serba boleh di hadapan dan kami tidak bertumpu kepada seorang pemain sahaja. Lawan tidak tahu siapa penyerang tetap dan kami perlu buat kerja.”
Mengenai dakwaan perselisihan pendapat antara bilik persalinan dan Nagelsmann selepas seri menentang Stuttgart, Müller mengulas bahawa: “Sudah tentu kami sentiasa bertukar idea dengan jurulatih. Tetapi dia pakar dalam pengurusan dan dalam membentuk barisan pemain.”
“Dia tidak memerlukan kami untuk menasihatinya untuk perkara yang dia ahli. Dia mempunyai kata akhir dan tidak mengapa seperti itu”.