Bayern Munich menang bergaya dengan membelasah Barcelona 8-2 dalam aksi suku akhir Liga Juara Juara Eropah 2019/20.
Keputusan yang akan menjadi sejarah kekal selamanya dalam ingatan peminat bola sepak.
Thomas Muller sendiri berada dalam senarai penjaring gol dalam perlawanan ini.
Selepas tamat perlawanan Muller memberitahu bahawa beliau dan sepasukannya sangat gembira menikmati perlawanan semalam.
Pemain gergasi Catalan itu dimalukan dalam kekalahan terburuk mereka di Eropah oleh pasukan Bayern tanpa henti dan klinikal.
Pemain gantian – Philippe Coutinho – yang dipinjamkan ke Bayern dan masih berkontrak dengan Barcelona – juga tidak ketinggalan merobek gawang pasukan tuannya.
Robert Lewandowski, Joshua Kimmich, Serge Gnabry dan Ivan Perisic juga menambahkan nama mereka di senarai untuk memberikan Barca kekalahan malam eropah terburuk dalam sejarah.
Manakala 2 gol saguhati Barca adalah menerusi jaringan sendiri Alaba dan gol oleh pemain veteran, Luis Suarez.
Ini bererti Bayern kini telah menjaringkan 38 gol dalam sembilan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah musim ini, dan telah mencatatkan 19 kemenangan berturut-turut di semua pertandingan di bawah Hansi Flick.
Muller memuji muji keinginan juara Jerman itu untuk memberikan lebih banyak kerosakan kepada Barca, yang melambangkan kemenangan itu sebagai “isyarat jelas”.
Tetapi pemain berusia 30 tahun itu menggesa rakan-rakannya untuk tidak membiarkan rasa puas dalam diri meresap, ketika bersiap sedia untuk pertembungan separuh akhir.
“Pada saat ini, bagaimana perasaan saya … itu adalah [perasaan] yang luar biasa,” katanya kepada BT Sport.
“Terima kasih untuk anugerah pemain terbaik, tetapi kami mempunyai 12-15 pemain yang layak mendapat ini juga.”
“Kami bekerja keras, mempunyai semangat yang sangat tinggi untuk semua orang di luar sana. Kami sangat gembira bersama sama pada hari ini.”
“Ketika seseorang menekan, pemain seterusnya harus tiba dan kami menyimpan bola. Kami memiliki banyak bakat di barisan ofensif.”
“Ini bagus, anda boleh bayangkan bagaimana rasanya, ini sangat istimewa bagi kami selepas perlawanan ini. Tetapi kami harus berehat untuk memulihkan diri.”
“Ini isyarat jelas daripada kami, tetapi perlawanan seterusnya, ia bermula 0-0. Tidak ada masalah.”
“Saya tahu pasukan lain menonton permainan kami dan kami harus memenangi perlawanan seterusnya untuk mara ke final.”
“Kami harus tenang, tenang, santai dan sangat gembira.”
“Esok pagi, ketika kita bangun dan menjawab mesej dari keluarga dan dari seluruh dunia, kita harus fokus pada separuh akhir.”
“Saya sangat kenal dengan kejohanan ini, dan selalunya – selepas kemenangan besar ini – ia akan lebih sukar [untuk menang lagi dalam perlawanan seterusnya]. Oleh itu, kita harus kekalkan aksi.”
Muller antara pemain yang bangkit semula di bawah kendalian Hansi Flick.
Beliau menikmati musim yang cemerlang sekali lagi selepas sukar musim sebelum ini.