Kelab BG Pathum United sah sebagai pasukan pertama dari Thailand yang mengesahkan tempat kesaingan AFC Champions League 2021.

Kemenangan keatas Chonburi FC dalam perlawanan ke 11 mereka malam tadi membolehkan BG Pathum United mengutip 32 mata seterusnya merebut satu dari 4 slotĀ  aksi AFC Champions League 2021.

Thai League 1 diberikan 4 slot ke saingan AFC Champions League oleh pihak AFC dimana juara dan naib juara liga akan menerima slot automatik ke peringkat kumpulan dan tempat ke 3 dan 4 pula menerima slot ke peringkat play-off.

126193885_10159225758179974_1946546503136255817_o

BG Pathum United ketika ini sah akan berada dalam Top 4, dan hanya memerlukan 3 sahaja mata lagi untuk merebut 1 dari 2 slot automatik ke peringkat kumpulan.

Kelab itu yang memang sedang aktif memperkasakan skuad mereka untuk memiliki hanya pemain terbaik bagi persiapan musim hadapan dan dengan kemasukan Diogo Luis Santo dan Teerasil Dangda pada pusingan ke 2 nanti pastinya membuatkan peminat bola sepak Thailand tidak senang duduk.

Sebagai rekod, musim 2020 ini adalah musim pertama mereka dalam saingan Thai League 1 selepas kembali ke saingan tertinggi itu selaku juara Thai League 2 2019.

Diperingkat Asia, musim 2021 ini adalah kali ke 2 BG Pathum United layak ke AFC Champions League dimana kali pertama mereka beraksi adalah pada musim 2015 diperingkat pusingan kelayakan 2, menewaskan JDT 3-0 di Bangkok.

Kehadiran beberapa pemain berkualiti lebih baik serta pengalaman diperingkat yang lebih tinggi amat diperlukan BG Pathum United untuk persiapan awal cabaran terutamanya di AFC Champions League nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Bekas Penyerang Kelab Vasco da Gama Kini Dikaitkan Dengan Perpindahan Ke Pasukan Pantai Timur

Jalil Rasheed: 5 Perkara Penting Kelab Bola Sepak Perlu Pertimbangkan Sebelum Disenaraikan Di Bursa Malaysia

Selepas Julang AFC Cup 2019, Daniel Gimenez Dikatakan Bakal Membimbing Pasukan Liga Super Di Lembah Kelang