Sebuah pasukan dari Pantai Timur kini mula dikaitkan dengan perpindahan masuk seorang penyerang berasal dari Brazil iaitu Rafael Silva dos Santos yang juga merupakan bekas penyerang utama pasukan Vasco da Gama dalam saingan Brazil Serie A.
Memiliki pengalaman selama lebih 5 musim dalam pertandingan peringkat tertinggi di Brazil, Rafael Silva juga pernah menyarung jersi pasukan Barito Putera dalam saingan Liga 1 menjaringkan 14 gol dan 4 assist dari 28 penampilan.
Musim 2020 ini, Rafael Silva beraksi dengan pasukan Always Ready dalam saingan Bolivia Serie A dan untuk musim akan datang beliau nampaknya sudah bersedia untuk kembali ke Asia Tenggara untuk mampamerkan keupayaan.
Dari maklumat yang diterima, sudah ada beberapa pasukan dalam saingan Liga Super yang turut menyatakan minat menggunakan khidmat beliau menerajui barisan serangan dan kini sedang mengikuti rapat perkembangan Rafael Silva sebelum membuat keputusan.
Ketika beraksi bersama Barito Putera musim 2019 juga, Rafael Silva bergandingan dengan seorang pemain Indonesia yang kini turut dikaitkan dengan perpindahan ke Malaysia iaitu Evan Dimas.
Bersama kelab Always Ready musim 2020 ini, Rafael Silva sudah mencatatkan 10 penampilan dimana 8 daripadanya sebagai kesebelasan utama dan menjaringkan 3 gol mengikut data yang diperolehi dari Soccerway.
Saksikan video highlights gol-gol yang dijaringkan oleh beliau pada musim lalu dibawah;
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Media Thailand Ini Dedahkan Kontrak Norshahrul Idlan Talaha Bersama BG Pathum United Tidak Disambung