Bekas pemain Manchester United, Dimitar Berbatov, memberikan komen tentang keputusan Chelsea untuk membawa Kai Havertz dengan harga rekod perpindahan kelab pada musim panas 2020.

Berbatov dilihat kurang berkenan dengan langkah Chelsea yang sanggup membayar pemain itu dengan harga sedemikian.

Seperti yang diketahui umum, Chelsea merupakan pasukan paling aktif dalam jendela perpindahan kali ini.

Chelsea sudah membelanjakan lebih £200 juta untuk membeli pemain pada tahun ini untuk enam pemain baharu dan masih berunding untuk mendapatkan beberapa pemain lagi.

Enam pemain baru itu termasuk Hakim Ziyech, Timo Werner, Ben Chilwell, Malang Sarr, Thiago Silva, dan Havertz.

Havertz merupakan antara pemain muda yang semakin meningkat naik di Jerman.

Havertz berjaya membantu Leverkusen untuk layak ke suku akhir Liga Europa 2019/2020.

Havertz juga berjaya menjaringkan 18 gol dan 9 assist dari 45 penampilan untuk Leverkusen pada musim lalu.

Berbatov tidak membantah Chelsea mendapatkan Havertz. Namun beliau cuma menganggap Chelsea membayar harga yang tak masuk akal untuk Havertz.

Berbatov berkata:

“Saya rasa jumlah wang yang dibelanjakan oleh Chelsea untuk Kai Havertz terlalu banyak.”

“Ia jumlah yang tidak masuk akal, terlalu mahal. Havertz adalah bakat yang hebat, dan saya telah mengatakannya bahawa pada masa lalu, saya adalah peminatnya dan dengan hubungan saya Leverkusen, saya memerhatikannya setiap minggu, tetapi ia tetap wang yang terlalu banyak untuk Chelsea belanjakan.:

“Dia menandatangani kontrak dengan pasukan yang hebat, bersama dengan Timo Werner, dan mereka pasti ada bakat yang cukup untuk mencabar kejuaraan, tetapi cabaran akan menjadi besar bagi mereka.”

“Visi permainannya, kedudukannya, yang mampu mara ke final third, penyudah dan kecerdasannya adalah semua perkara yang akan kita lihat darinya dalam jersi Chelsea.”

“Dari apa yang saya dengar di Leverkusen, dia benar-benar ingin membuat langkah seterusnya dalam kariernya dan itu menunjukkan keyakinan.”

“Dia telah ‘memberitahu’ semua orang bahawa dia ingin maju pada usia muda, dan terutamanya dengan pindah ke England, salah satu liga terbaik di dunia dengan kualiti ramai pemain terbaik. “

Berbatov juga menambah bahawa Havertz pasti gembira adanya Werner bersamanya di bilik persalinan yang sama.

“Ini juga akan sangat membantu dia memiliki Werner di bilik persalinan bersamanya,” kata Berbatov.

“Apabila anda pergi ke tempat baru dan anda mempunyai rakan sepasukan yang memiliki kewarganegaraan yang sama, atau seseorang yang pernah bermain di liga yang sama seperti anda sebelumnya, ia sangat membantu.”

Baca juga perkembangan lain

Mengejutkan! Benfica Gagal Ke UCL, Vertonghen ‘OG’, Pemain Buangan Mereka Cetak Gol Kemenangan

Spurs Pintas United Untuk Dapatkan Reguilon & Mahu Bawa Pulang Bale

Aubameyang Kekal 3 Tahun Lagi, Terima Gaji Tertinggi Di Arsenal