Bekas penyerang skuad kebangsaan Jerman, Mario Gomez dikhabarkan semakin hampir untuk menyertai kelab gergasi J. League, Vissel Kobe.
Kontrak Gomez bersama VfB Stuttgart musim ini akan berakhir pada 30 Jun dan pihak kelab dikatakan tidak akan menyambung kontrak penyerang berusia 34 tahun itu.
Mario Gomez (34) dikabarkan akan segera bergabung ke Vissel Kobe dengan status free agent.
Kontrak Gomez di Stuttgart akan berakhir pada 30 Juni 2020. pic.twitter.com/Sowy4wIHik
— Asian Football (@AsianFootballs) June 6, 2020
Vissel menunggu sehingga Gomez bergelar ejen bebas dan mereka akan menawarkan kontrak kepada beliau sekaligus digandingkan dengan ketua pasukan, Andres Iniesta.
Sejak beraksi bersama pasukan senior Jerman, Gomez sentiasa menjadi pilihan untuk mengisi posisi penyerang dalam kesebelasan utama.
Akan tetapi, kecederaan yang dialami ketika beraksi bersama Fiorentina di saingan Serie A menyebabkan Gomez hilang sentuhan sekaligus tidak lagi menjadi pilihan utama.
Vissel pada masa yang sama dilihat mahu mencari pengganti kepada Lukas Podolski yang meninggalkan Vissel bagi menyertai Antalyaspor.
Saingan J. League musim ini dihentikan buat sementara waktu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) dan hanya akan bersambung sekiranya status kecemasan ditamatkan oleh kerajaan Jepun.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Bundesliga di sini:
Bundesliga: Bayern Jarakkan Diri 7 Mata Dari Borussia Dortmund