Gol lewat separuh masa pertama oleh Joshua Kimmich telah memberikan kemenangan berharga buat Bayern dalam aksi Der Klassiker.
Bayern bertandang ke Signal Iduna Park untuk bertemu dengan pencabar terdekat mereka ketika ini.
Aksi kali ini adalah di dalam stadium kosong kerana musim wabak yang melanda.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua dua pasukan saling berbalas serangan. Roman Burki yang cemerlang sepanjang aksi, tewas jua di kaki Kimmich yang melakukan satu lob kemas pada minit ke-43.
Satu teknik yang sangat cantik dan baik daripada Kimmich.
Kimmich with an unbelievable chip goal ! Treat to watch 😍
HT – Dortmund 0 – 1 Bayern #BVBFCB
https://t.co/TAf03kBVlO— Sports Freak (@OfficialSfreak) May 26, 2020
Borussia Dortmund memiliki beberapa peluang menerusi serangan balas. Namun gagal untuk mereka terjemahkan kepada gol.
Pada separuh masa kedua, Roman Burki menafikan percubaan Leon Goretzka untuk mengelak pasukannya ketinggalan dua gol.
Tiada tambahan jaringan dicatatkan pada separuh masa kedua. Bayern membawa kemenangan berharga dari tempat lawan.
Kimmich with a belter 😱 https://t.co/p7RsU7ezdx
— Suravy G. (@blaugrana_su) May 26, 2020
Kini pasukan Bavaria itu berada 7 mata daripada Borussia Dortmund.
You love to see it. pic.twitter.com/ClPEo6iQlO
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) May 26, 2020
Keputusan ini pastinya meletakkan Borussia Dortmund di dalam tekanan dalam usaha mereka cuba menamatkan dominasi Bayern Munich.
Baca juga perkembangan dari Eropah
Saksikan Detik Werner Cuak, Rakan Lupa Penjarakan Sosial Ketika Rai Gol