Tiga tahun sudah berlalu, namun bekas pemain Marcerra United dan Kuantan FA masih belum menerima gaji mereka walaupun dua pasukan itu tidak lagi beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Menurut laporan daripada Berita Harian, Marcerra United masih berhutang tunggakan gaji dengan bekas pemainnya, Izer Hamkha Mohd Haizal yang kini sudah bersara daripada sukan bola sepak profesional.

“Saya sebagai wakil bekas pemain Marcerra United ingin meluahkan yang kami sudah banyak menderita sejak 2018. Kami kekal profesional sepanjang musim 2018 dan mematuhi segala syarat kontrak meskipun terpaksa beraksi dengan lapan pemain dalam perlawanan rasmi.

“Sebagai pemain profesional, kami bergantung sepenuhnya kepada gaji kami tetapi sepanjang 2018, kami tidak menerima gaji langsung dan ia memberi impak kepada kami sehingga hutang keliling pinggang, kereta ditarik dan rata-rata karier pemain musnah.

“Secara logiknya, karier bagi majoriti pemain dalam usia 20-an sudah habis dan kami membuat kerja lain. Tiada pasukan yang mahu mengambil pemain yang tidak menjalani latihan dengan sempurna dan tiada pengalaman beraksi.

“Ini adalah pengalaman pahit yang saya tempuhi dan saya tidak mahu pemain lain lalui perkara sama. Masih tiada jawapan walaupun keputusan sudah dikeluarkan, jadi itu menyebabkan kami mendapatkan bantuan peguam,” katanya.

152747765_448105932903181_751392902389301472_o

Difahamkan Marcerra United gagal menyelesaikan tunggakan gaji kepada 21 pemain dan 5 pegawai pasukan berjumlah RM313,606 manakala Kuantan FA masih berhutang kepada 26 pemain serta 7 pegawai pasukan berjumlah RM590,125 sejak tahun 2018.

“Pemain yang baru bermain bola memang tiada pendapatan langsung dan selepas perkara seperti ini berlaku, ramai pemain berbakat di Kuantan FA terus tidak bersemangat.

“Isu ini juga juga secara tidak langsung memburukkan lagi status liga kita kerana sampai bila perkara ini akan berlaku. Orang pasti akan pandang buruk kepada liga kita,” kata bekas pemain Kuantan FA, Abdul Ghani Rahman.

Sementara itu, peguam yang mewakili bekas pemain dan pegawai dua pasukan itu, Mohamad Suhail Rahimi Abdul Razak menegaskan kes terbabit akan dipanjangkan ke mahkamah sivil sekiranya pihak yang bertanggungjawab terus berdegil dan tidak memberi sebarang maklum balas.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

Matlamat Dan Falsafah Kelab Jadi Faktor Utama Manuel Konrad Sertai Selangor FC

Chong Yee Fatt Calon Ganti Mehmet Durakovic Kendalikan Perak

Skuad Projek FAM-MSN Sedia Beri Saingan Sengit Dalam Liga Premier 2021

Kedah Berisiko Tidak Dapat Beraksi Di AFC Cup 2021?