Masa depan bekas penjaga gol utama Manchester United, David De Gea kelihatan masih lagi kabur apabila satu lagi kelab yang dikaitkan dengannya membawa masuk calon lain.

Baca Juga:

Menurut sumber laposan Goal, selepas dikaitkan dengan Real Madrid, De Gea kemudiannya dikatakan berada dalam radar kelab gergasi Jerman, Bayern Munich.

Namun, kedua-dua kelab itu memilih untuk membawa masuk penjaga gol lebih muda dimana Kepa Arrizalaga menjadi pilihan Real Madrid manakala Bayern Munich pula sedang berusaha keras mendatangkan Daniel Peretz dari Maccabi Tel Aviv.

Ia jelas bukanlah merupakan perkembangan yang baik buat penjaga gol berusia 32 tahun itu kerana masih tidak mempunyai pasukan untuk diwakili.

Malah, sekiranya melihatkan kepada keadaan ini beliau berkemungkinan perlu bersedia untuk beraksi dengan kelab lebih kecil bagi mendapatkan minit perlawanan.

Selepas 12 musim bersama Manchester United, De Gea telah beraksi 545 perlawanan dengan mencipta 190 ‘clean sheets’ yang menyaksikan beliau menjadi pemain terbaik Manchester United bagi empat musim.

Tempoh yang agak lama bersama Manchester United membuatkan David De Gea mahu memilih haluan serta cabaran baharu tetapi pada ketika ini ia seperti tidak berjalan dengan baik.

Kekosongan ditinggalkan De Gea menyaksikan Manchester United merekrut penjaga gol Inter Milan, Andre Onana yang cemerlang membantu kelab tersebut memenangi aksi pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) 2023/24 ke atas Wolves, awal minggu lalu.

Sumber