Bayern Munich dilaporkan memasuki persaingan untuk mendapatkan Kim Min Jae. Dan kelab Bavaria itu sedia untuk merampas Kim Min Jae daripada menyertai Manchester United.

Manchester United telah berminat dengan Kim Min Jae dan dikaitkan dengan pemain itu sejak awal jendela perpindahan lagi.

Prestasi cemerlang pertahanan tengah dari Korea Selatan itu membuatkan dia digelar antara bek tengah terbaik dunia pada musim 2022/23.

Di mana Kim Min Jae membantu Napoli menjuarai Serie A pertama kelab itu selepas 1990.

Soccer Football – Serie A – Napoli v Fiorentina – Stadio Diego Armando Maradona, Naples, Italy – May 7, 2023 Napoli’s Kim Min-jae with teammates celebrate after the match REUTERS/Ciro De Luca/2023-05-08 05:14:28/

Selain daripada kejuaraan Serie A, Kim Min Jae turut memenangi anugerah Pertahanan Terbaik Tahunan Serie A. Anugerah yang sebelum ini pernah dimenangi oleh Kalidou Koulibaly, Stefen de Vrij, Cristian Romero dan Gleison Bremer.

Kim Min Jae menolak untuk melanjutkan kontrak di Napoli yang menawarkannya kenaikan gaji yang tinggi.

Namun Kim Min Jae tidak bersetuju dengan usaha kelab itu cuba menghapuskan klausa pelepasan dalam kontrak baharu.

Kim Min Jae dilaporkan sudah mengemas barang di rumahnya di Naples. Dan sedia untuk berpindah.

Pada ketika ini Kim Min Jae ada klausa pelepasan yang boleh diaktifkan pada 2 minggu pertama Julai – pada jendela perpindahan. Dan ianya hanya bernilai €50 juta sebagai bayaran asas.

Erik Ten Hag benar benar berminat dengan pemain berusia 26 tahun itu.

Dan sudah berunding dengan Napoli untuk mendapatkan pemain itu. Namun Fabrizio Romano melaporkan bahawa, Man United gagal bertindak lebih pantas dalam usaha mendapatkan Kim Min Jae.

Kini mereka berdepan persaingan daripada Bayern Munich. Yang datang membentangkan projek mereka kepada Kim Min Jae.

Ejen kepada Kim Min Jae berharap rundingan dengan Bayern akan dapat diselesaikan serta merta.

Kim Min Jae ketika ini menghadiri latihan ketenteraan syarat khas, cuma dua minggu sahaja. Ini kerana dia pernah membantu Korea Selatan menang emas Sukan Asia.

Kim Min Jae dikatakan berminat dengan projek di Bayern Munich.

Adakah Kim Min Jae akan menyertai Bayer?