Bayern Munich dilaporkan sedia pecat Julian Nagelsmann dan menggantikannya dengan bekas pengendali Chelsea iaitu Thomas Tuchel.

Baca Juga:

Berita itu benar benar mengejutkan ramai pihak. Memandangkan pengurus itu boleh dikatakan telah melakukan tugasannya dengan baik musim ini.

Fabrizio Romano dengan eksklusif menyampaikan berita tersebut. Julian Nagelsmann sendiri dikatakan tidak dimaklumkan lagi tentang perkara tersebut secara peribadi.

Nagelsmann dikatakan sedang bercuti ketika dia membaca laporan itu.

Dia dan kemnya mendapat tahu berita itu menerusi media. Namun kelab akan mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini.

Alasan utama pemecatannya adalah kerana Nagelsmann dianggap bertanggungjawab di atas keciciran 10 mata musim ini dan kini dipintas oleh Borussia Dortmund dalam carta liga.

Bayern Munich sudah merancang untuk melantik Tuchel sejak beberapa minggu lalu.

Bekas pengurus Borussia Dortmund dan PSG itu sudah tinggal di Munich sejak minggu lalu.

Thomas Tuchel memiliki reputasi yang sangat baik di Jerman ketika mengendalikan Borussia Dortmund.

Dia juga menaikkan lagi namanya ketika mengendalikan Chelsea. Di mana dia membantu kelab tersebut menjadi juara eropah buat kali kedua.

Tuchel dipecat oleh Chelsea dan digantikan dengan Graham Potter. Ini selepas Tuchel tidak sehaluan dengan Todd Boehly dalam banyak perkara melibatkan pengurusan pemain.

Tuchel dikatakan tidak suka dengan campur tangan Boehly dalam menentukan jual beli pemain.

Akhirnya dia dipecat oleh Chelsea selepas beberapa keputusan yang kurang memuaskan dicatatkan pada awal musim.

Pemecatan itu mendapat kritikan daripada ramai penyokong Chelsea yang mendakwa bahawa pengurus itu berhak diberikan sokongan lebih kuat.

Kini dengan berita Bayern Munich mahu pecat Nagelsmann, nampaknya kerusi pengurus di Bayern bakal menjadi milik Thomas Tuchel.

BILD melaporkan bahawa Nagelsmann sudah dikira rasmi dipecat oleh kelabnya. Di mana dia tidak lagi terlibat dalam mengendalikan latihan pasukan.

Nagelsmann dianggap antara pengurus terbaik di eropah. Dia juga merupakan bekas anak murid Tuchel. Memulakan karier pengurusannya pada awal usia 30-an kerana  bersara awal daripada bermain bola sepak. Ini selepas dia mengalami kecederaan yang mengganggu kariernya.

Ketika menjadi pemain dahulu, Tuchel seringkali mengarahkan Nagelsmann membantunya dalam laporan analisis dan scouting pemain lain ketika dia tidak dapat beraksi.

Bakat pengurusan dan kejurulatihannya sudah dikesan Tuchel dari awal. Di mana dia sangat suka bercerita tentang taktikal.