Kegagalan Bayern Munich mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah membuatkan Julian Nagelsmann sasaran kritikan, malah turut menerima ratusan ugutan bunuh.
Dalam aksi suku akhir, Bayern Munich tewas kepada Villarreal dengan agregat 1-2. Ianya dianggap sebagai kejutan terbesar dalam UCL musim ini.
Dan buat kali kedua berturut-turut, Bayern tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Musim sebelumnya, Munich terkandas di hadapan Paris Saint-Germain.
Kegagalan ini membuatkan Julian Nagelsmann pening kepala dan dalam masa yang sama tidak menyangka dia akan menerima ratusan ugutan bunuh.
“Saya tahu saya akan sentiasa dikritik dari semua pihak – itu perkara biasa dan saya boleh menanganinya. Walaubagaimanapun, dengan 450 ugutan bunuh di Instagram, ia bukan mudah,” katanya kepada ESPN.
Julian Nagelsmann says he received '450 death threats' after Bayern Munich's Champions League exit 😞 pic.twitter.com/J9qGbLS1c3
— GOAL (@goal) April 15, 2022
Jurulatih berusia 34 tahun itu juga berkata, bukan dia sahaja yang menjadi sasaran, malah peminat yang marah itu turut mengheret ibunya.
“Jika orang mahu membunuh saya, itu satu perkara yang kita faham, tetapi mereka juga menyerang ibu saya sendiri, yang tidak pernah ambil peduli tentang bola sepak.”
“Saya tidak faham. Sebaik sahaja mereka menutup TV, orang ramai melupakan semua adab sopan. Dan mereka fikir mereka betul, itu gila.”
Namun Nagelsmann menambah, dia sudah menerima mesej mesej ugutan termasuk melibatkan keluarganya itu sejak sekian lama. Malah ketika menang pun dia turut mendapat ancaman bunuh.
“Saya tak akan pernah keluar daripada perkara seperti itu. Saya mendapatnya selepas setiap perlawanan, tidak kira sama ada kami menang atau kalah.”
Selain itu Nagelsmann turut menegaskan bahawa ada sekelompok penyokong tidak gemar dengan pendekatan taktikalnya yang menurut mereka tidak menggambarkan Bayern Munich sebenar.
Misalnya dia seringkali dicemuh kerana bermain dengan back 3 yang dianggap sebagai cuba membawa DNA Leipzig ke Bayern.
“Saya akan mendapat lebih banyak ugutan bunuh apabila bermain dengan back 3 berbanding back 4. Namun jika kalah, ugutan bunuh itu jauh lebih banyak.”