Sadio Mane sebelum ini sudah diberitahu bahawa dia tidak diperlukan lagi di Bayern Munich dan kini kelab itu cuba menjualnya ke Al Nassr.
Baca Juga:
- Bayern Munich Mahu Jual Sadio Mane, Anggap Salah Beli
- Bayern Lelong Mane Separuh Harga
- Enrique Mahu Jadikan Ousmane Dembele Pembelian Pertamanya Di PSG
Al Nassr sudah menyatakan minat mereka untuk mendapatkan Sadio Mane, namun pemain itu tidak memberikan lampu hijau untuk menyertai pasukan itu.
Bayern kemudian benar benar berharap Sadio Mane akan setuju dengan perpindahan ke Al Nassr. Dan pemain itu dikatakan akhirnya setuju untuk ke Al Nassr.
Sadio Mane merasakan itu adalah pilihan terbaik yang dia ada pada masa ini untuk kariernya.
Kini Bayern dan Al Nassr berbincang untuk kesepakatan harga pemain itu.
Sadio Mané has agreed personal terms with Al Nassr. Move is not done yet, but Mané has accepted the move in principle [@Tanziloic, @lequipe] pic.twitter.com/d6b9rjwpkd
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) July 20, 2023
Lembaga Pengarah Bayern sudah sebulat suara menyimpulkan bahawa pembelian Mane adalah satu kesilapan. Ianya selepas Mane dianggap gagal memenuhi harapan ke atasnya bagi seorang pemain berharga £35 juta.
Mane hanya menjaringkan 12 gol daripada 38 perlawanan untuk Bayern musim lalu.
Insiden Sadio Mane dengan Leroy Sane musim lalu memburukkan lagi keadaan. Di mana pengurusan tertinggi Bayern lebih memilih Sane berbanding Mane.
Sadio Mane sebelum ini menjadi legenda di Liverpool pada era Jurgen Klopp. Namun memutuskan untuk menyertai Bayern Munich yang menawarkan gaji lebih tinggi.
Mane turut teruja untuk merasai cabaran baharu bermain dengan pasukan no.1 di Jerman. Namun malangnya Mane gagal untuk meyakinkan pengurusan dan peminat Bayern bahawa dia masih ada keupayaan untuk menjadi antara terbaik di dunia.
Prestasi Mane turut diganggu oleh kecederaan pada musim lalu. Namun Bayern tidak mahu menganggap itu sebagai alasan kepada prestasi Mane.
Al Nassr berharap akan dapat menyelesaikan perpindahan Sadio Mane ke kelab itu untuk digandingkan dengan Cristiano Ronaldo.