Sebuah syarikat penerbangan yang baru berusia 1 tahun, Bamboo Airways meneruskan penglibatan mereka dalam industri bola sepak Vietnam apabila bersetuju untuk meneruskan penajaan untuk kejohanan Piala Vietnam 2020.

Sebelum ini Bamboo Airways juga merupakan penaja kejohanan yang sama dan bersetuju untuk melanjutkan penajaan untuk tahun kedua berturut-turut.

Selain itu, syarikat penerbangan ini juga akan muncul sebagai rakan pengangkutan rasmi untuk semua kejohanan bola sepak domestik Vietnam bagi musim 2020 dan akan menyediakan pakej khas kepada pasukan sebagai sebahagian dari perjanjian terbaru yang ditandatangani itu.

Nilai perjanjian sebagai rakan pengangkutan rasmi ini dikatakan berjumlah VND10 bilion semusim atau sekitar RM1.8 juta.

66380_bam

Musim ini, Vietnamese National Cup akan menampilkan 26 pasukan termasuk 14 pasukan dari saingan V.League 1 dan juara kejohanan akan menerima hadiah wang tunai VND1 bilion atau sekitar RM180,000 serta slot diperingkat kumpulan saingan AFC Cup 2021.

Bagi pasukan yang muncul sebagai naib juara pula akan menerima VND500 juta atau RM88,600 dan tempat ke 3 pula sebanyak VND200 juta atau RM35,400.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Vietnam News, semua perlawanan kejohanan akan disiarkan secara langsung menggunakan pelbagai platform yang berbeza termasuk VTVcab Channel dan juga saluran Youtube rasmi VPF.

Pengarah Urusan Bamboo Airways, Dang Tat Thang berkata beliau berharap dengan sokongan ini kejohanan Bamboo Airways National Cup ini akan muncul sebagai satu kejohanan yang berprestij seperti saingan FA Cup di England.

Baca juga artikel lain berkaitan dengan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Nguyen Quang Hai Tersenarai Dalam “Forbes’ 30 under 30”, Bukti Pengaruh Kuatnya Untuk Rakyat Vietnam

Nguyen Quang Hai Akui Malaysia Bukan Lawan Mudah, Tetapi Thailand Paling Bermasalah Untuk Vietnam

Syarikat Korea Selatan Muncul Sebagai Penaja Utama Saingan 2 Divisyen Utama Liga Bola Sepak Vietnam