Pengendali pasukan Selangor, B.Satianathan menyatakan beliau tidak mempunyai masalah dengan penyokong yang hadir ke stadium. Sebaliknya, beliau berang dengan penyokong yang hanya mampu “sembang” di media sosial.

Satia berkata demikian setelah diajukan soalan mengenai komen beliau minggu lalu yang mana pengendali berusia 62 tahun itu berang dengan kritikan berbaur perkauman yang dilontarkan terhadap beliau dan pemain berbangsa India dalam pasukan seperti K.Prabakaran.

B.Satianathan
Sumber Gambar: MFL

“Saya tak salahkan penyokong yang hadir ke stadium. Penyokong yang hadir ke stadium mahu mengkritik saya, saya boleh terima asalkan tiada sentimen perkauman yang digunakan.

“Tetapi peminat di Facebook yang menjadi masalah. Dia menonton perlawanan lain, tetapi apabila Selangor dibolosi terus melabel saya sebagai “keling bodoh”. Itu yang saya tidak faham,” kata Satia.

“Saya beri contoh. Ada seorang bekas pemain yang saya rasa selalu khayal sebab hisap gam, dia suruh saya balik India dan sertai Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

“Ini tak bagus. Saya orang Malaysia lah. Ayah saya dilahirkan di sini. Buat apa saya kena sertai LTTE.

“Satu lagi, seorang bekas pemain yang kononnya lagenda Selangor tu, dia bawa masuk pemain pun dia sapu duit.

B.Satianathan
Sumber Gambar: FA Selangor

Tambah Satia, komen pedas di Facebook boleh menjatuhkan semangat peminat yang lain apabila mereka melihatnya.

Selangor hanya mampu meraih keputusan seri 3-3 ketika berdepan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak semalam.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

B.Satianathan: Keletihan Punca Pasukan Gagal Raih Kemenangan

Benteng Pertahanan Selangor Rapuh, Tuai Kritikan Pedas Dari Peminat

B.Sathianathan: “Dah 62 Tahun Merdeka, Masih Lagi Maki Dengan Perkataan Keling Dan Anjing. Itu Fans Ke?”