Ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan menegaskan keletihan pemain menjadi punca skuad bimbingannya gagal untuk meraih kemenangan ketika berdepan Terengganu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak semalam.
Menurut Satia, jadual yang padat nyata memberi kesan terhadap tahap kecergasan pemainnya. Malah, Satia juga merasakan Terengganu sendiri turut berdepan masalah yang sama.
Ini merupakan reaksi ketua jurulatih @FASelangorMy, B. Satiananthan selepas tamat perlawanan LS3 CIMB Liga Super 2020 menentang @FCTerengganu di Gong Badak.
#CIMBLigaSuper2020#TERSEL#MFLLive pic.twitter.com/uVG16jDcBs— MFL LIVE (@MFL_Live) March 11, 2020
“Setelah mengharungi tiga perlawanan, ianya bukan satu perkara yang mudah. Kita boleh lihat kedua-dua pasukan mengalami keletihan. Untuk Selangor sendiri sememangnya sukar kerana perlu berdepan dengan tiga perlawanan di tempat lawan.
“Kami mendahului dengan tiga gol. Jika kita lebih tajam, kita boleh menjaringkan dua lagi gol. Tetapi keletihan menjadi punca kita tidak dapat menyempurnakan peluang yang ada,” kata Satia pada sidang media selepas perlawanan.
90 + 4' | GOL LEE TUCK!
Sepakan penalti Lee Tuck pada minit akhir perlawanan menyelamatkan @FCTerengganu daripada kekalahan.@FCTerengganu 3-3 @FASelangorMy #CIMBLigaSuper2020 #TERSEL#MFLLive pic.twitter.com/HXQzsBfFle
— MFL LIVE (@MFL_Live) March 11, 2020
Pada masa yang sama, B.Satianathan turut memberikan pujian terhadap persembahan yang ditampilkan oleh pemain Terengganu sepanjang perlawanan.
“Di sini saya perlu memuji Terengganu. Mereka beraksi dengan baik dan mereka berjaya menguasai bola. Cuma kelemahan mereka daripada situasi bola mati.
“Walau apa pun, Nafuzi telah membina satu pasukan yang kuat. Bukan mudah untuk bertandang ke sini dan meraih kemenangan,” tambahnya.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu juga memuji permukaan padang Stadium Sultan Mizan dan beliau menyifatkan padang SSMZA merupakan salah satu padang terbaik selain Stadium Sultan Ibrahim.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:
Benteng Pertahanan Selangor Rapuh, Tuai Kritikan Pedas Dari Peminat