Arena bola sepak tempatan kembali diwarnai dengan isu perkauman dimana ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan kesal dengan tindakan segelintir peminat yang menggunakan panggilan “keling” terhadapnya dan pemain berbangsa India dalam skuad Gergasi Merah itu.
Selangor hanya mampu meraih keputusan seri 1-1 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dan peminat melemparkan tuduhan yang mendakwa pemilihan K.Prabakaran untuk beraksi dalam kesebelasan utama adalah disebabkan pemain itu sebangsa dengannya.
“Dalam Facebook, dia orang kata saya pilih bulu. Pilih bulu ni datang dari seorang ex player.”
“Pilih bulu ni saya nak tanya, adakah salah saya letakkan seorang keling macam saya? Keling bukan pemain bola?”, kata Satia.
Perkara ini nyata membuatkan ramai pihak kecewa kerana isu perkauman tidak sepatutnya terjadi dalam sukan bola sepak khususnya di negara yang dihuni oleh berbilang kaum seperti Malaysia.
This is so wrong. @FAM_Malaysia and @MFL_MY must not allow racism to fester in our football stadiums. Racists fans must be given the boot.
— Haresh Deol 🇲🇾 (@HareshDeol) March 8, 2020
Lantas, ramai yang menggesa agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) lebib tegas dalam menangani isu tersebut bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.
Sebagai rekod, isu perkauman yang terjadi melibatkan pasukan Selangor pernah terjadi musim lalu dimana Satia berang dengan komen-komen khususnya di media sosial dimana perkataan “keling” turut digunakan.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini: