Bekas ketua jurulatih pasukan Selangor, B.Satianathan kembali mewarnai saingan Liga Malaysia musim hadapan bersama Sarawak United.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star, T.Avineshwaran dimana Satiananthan dilantik sebagai Pengarah Teknikal kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana itu.
B. Sathianathan is back, and this time he will be the technical director of Sarawak United. #MFLTransfer2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) December 13, 2020
Satia sebelum ini disingkirkan sebagai ketua jurulatih Selangor selepas skuad Gergasi Merah itu gagal menampilkan prestasi memberangsangkan dalam saingan Liga Super musim 2020 sejak disambung kembali setelah berehat selama lebih lima bulan ekoran pandemik COVID-19.
Tempat Satia diganti oleh Michael Feichtenbeiner dan Selangor berjaya menamatkan saingan liga di tangga kelima setelah sebelumnya banyak menghabiskan waktu di peringkat bawahan.
Sarawak United dilihat memilih Satia sebagai Pengarah Teknikal pasukan memandangkan pengendali berusia 62 tahun itu memiliki pengalaman luas dalam saingan bola sepak tanah air.
Selain melantik Pengarah Teknikal yang baharu, pasukan dari Borneo itu juga berjaya mendapatkan khidmat pemain berpengalaman untuk membantu mereka menghadapi saingan musim 2021.
Antara pemain yang telah menyertai pasukan ialah Norshahrul Idlan Talaha, yang sebelum ini beraksi di Thai League 1 bersama BG Pathum United.
Selain itu, Sarawak United juga dikaitkan dengan bekas ketua pasukan Selangor, Taylor Regan yang juga pernah beraksi di bawah kendalian Satia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
LTK: “Pemain Perlukan Masa Dan Bermain Dalam Liga Yang Sesuai, Bukan Liga Premier. Ini Membunuh!”
Taylor Regan Kekal Di Liga Malaysia, Bakal Sertai Sarawak United
Norshahrul Idlan Talaha Akan Kembali Ke Liga Malaysia 2021 Bersama Pasukan Sarawak United