Seorang ayah sanggup bayar wang puluhan ribu ringgit untuk setiap 10 minit anaknya beraksi di atas padang.

Baca Juga:

Sebuah kelab di Republik Czech membenarkan pemain berusia 22 tahun bermain selepas bapanya membayar sekitar €20,000 untuk keistimewaan tersebut.

FK Usti nad Labem bermain di divisyen ketiga Czech dan kini berada di tangga keenam dalam liga, setelah meraih 10 mata daripada enam perlawanan pertama mereka.

Tetapi kelab itu dikatakan melakukan sesuatu yang sangat luar biasa dengan membenarkan pemain yang tidak pernah bermain untuk mana mana pasukan kelab amatur bermain untuk kelab mereka.

Martin Podhajsky boleh dikatakan tidak bermain bola sepak secara kompetitif walaupun di liga sosial atau di liga hujung minggi. Dia seorang pelajar undang-undang dan pekerja untuk Viagem, syarikat hartanah presiden Pemysl Kuban.

Pengalamannya dengan bola sepak biasanya terhad kepada permainan FIFA tetapi pemain baru itu telah didaftarkan dengan Persatuan Bola Sepak Republik Czech.

Rancangannya adalah untuk dia bermain sepuluh minit untuk dia memulakan latihan bersama pasukan sebelum membuat penampilan sulung.

Usti ada tujuh perlawanan di tempat sendiri berturut-turut kerana pembinaan semula trek olahraga yang berterusan di laman sendiri, di Stadium Bandaraya selepas ini.

Dia dijangka menggantikan kapten Jakub Mares dan bermain sepuluh minit sebagai penyerang. Wang yang ayah dia bayar untuk melihat anaknya bermain itu akan dimasukkan ke akaun kelab sebagai wang tajaan.

“Dia tidak pernah bermain bola sepak, itu yang saya tahu. Namun anda tidak akan selalu melihat €17.5k [kira kira RM100k] bergolek di atas lantai setiap hari. ”

“Jika seseorang memberi saya wang jenis ini, saya akan benarkan sesiapa sahaja bermain.”

“Dia berkata sendiri bahawa dia ingin bermain, kemudian ayahnya menelefon dan terus mengambil langkah seterusnya. Martin adalah pelajar undang-undang dan pekerja Viagem.”

“Kami kini sedang menyesuaikan kontrak dengan Martin, dan peminat akan melihat dia berada di perlawanan pertama kami di tempat sendiri, setakat ini hanya di bangku simpanan.”

Menariknya kelihatan seolah-olah peminat kelab menyokong keputusan itu kerana tinjauan dari iDNES.cz menunjukkan bahawa 63% “tidak mempunyai masalah” dengannya dan percaya ia adalah “menang-menang”.

Peminat merasakan asalkan ia tidak melanggar peraturan FIFA maka tidak ada masalah. Ini untuk meneruskan kelangsungan operasi kelab.

Langkah pelik lain kelab sejak kebelakangan ini termasuk pemberian seribu tiket bermusim secara percuma dan mengupah miss Republik Czech 2020 Valerie Herianova sebagai wartawan media kelab.