Atletico Madrid secara rasminya tidak melakukan guard of honor buat juara La Liga musim ini, Real Madrid dalam pertemuan mereka di Wanda Metropolitano.
Atletico Madrid menang 1-0 dalam perlawanan tersebut. Namun kontroversi tercetus apabila Atletico tidak mahu memberikan guard of honor ataupun pasilo kepada seteru mereka yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara La Liga.
Sebelum perlawanan, Atletico mengeluarkan kenyataan yang agak mengejutkan. Di mana, alasan mereka tidak mahu membuat guard of honor itu adalah kerana tidak mahu dijadikan bahan jenaka terutama sekali di media sosial.
Atletico dalam kenyataan rasminya berkata:
“Ada sesetengah pihak cuba mengubah tradisi penghargaan kepada juara menjadi perkara yang harus ditanggung oleh seteru mereka dengan niat memalukan mereka.”
“Dalam apa jua keadaan, Atletico Madrid tidak akan besekongkol dalam percubaan mengejek ini di mana nilai sebenar sukan dilupakan sepenuhnya. Ia juga menggalakkan ketegangan dan konfrontasi antara peminat.”
Atlético Madrid in their club statement state that the guard of honor tradition is an attempt at humiliating them. pic.twitter.com/WZBPzatwls
— Real Madrid Info ³⁵ (@RMadridInfo) May 3, 2022
“Kami telah terlibat dalam beberapa situasi yang sama dalam beberapa tahun kebelakangan ini selepas memenangi gelaran berbeza, termasuk dua gelaran liga, dan pada beberapa ketika terdapat beberapa penghormatan daripada pasukan saingan kepada kami selaku juara dan ada pihak yang lain pula tidak melakukannya.”
Pengurus Atletico Madrid Diego Simeone menyokong pendirian kelab itu dengan komennya dalam sidang media sebelum perlawanan. Sambil menegaskan bahawa setiap orang ada budaya berbeza. Di Argentina mereka tidak melakukannya.
“Realitinya adalah apa yang kelab katakan dalam kenyataan akhbar, menjelaskan dengan sempurna, mengucapkan tahniah kepada Real Madrid di atas segala-galanya, pemain bola sepak, kakitangan teknikal, kerana mereka telah melakukan kerja yang hebat,” kata Simeone.
“Kami menghormati Madrid tetapi ini lebih kepada masyarakat kami.”
“Saya tidak tahu sama ada ini diwakili dalam kejohanan dunia lain. Setiap masyarakat berbeza. Orang Sepanyol mempunyai perbarisan hormat ini untuk lawan mereka, [tetapi] sebagai contoh, dari mana saya berasal, kami tidak mengamalkannya. Kami juga hidup dengan budaya berbeza.”
Simeone: "Cada sociedad es diferente, la española quizá tenga como respeto mostrar en este pasillo la felicitación al rival; de donde vengo yo no se utiliza, vivimos de otra manera […] Grandísimo respeto por el Real, pero tenemos mucho más respeto por nuestra gente"
¿Opiniones? pic.twitter.com/uHfX2WibHx— Pablo Giralt (@giraltpablo) May 7, 2022
Pasilo merupakan satu tradisi di mana pemain akan mebuat 2 barisan untuk memberikan tepukan kepada juara yang baru dinobatkan.
Ianya dilakukan atas semangat kesukanan.
Tindakan Atletico enggan memberikan pasilo itu berlaku hanya sehari selepas Barcelona memberikan pasilo kepada juara Copa Del Rey, Real Betis.
Here was the pasillo Barça gave to Betis for winning the Copa del Rey.
We expect that the pasillo will be a hot topic in the Madrid Derby tomorrow evening…#LLL
🧡🇪🇸⚽️pic.twitter.com/34bNWcCI5V— La Liga Lowdown 🧡🇪🇸⚽️ (@LaLigaLowdown) May 7, 2022
Xavi menegaskan bahawa dia mendukung semangat kesukanan.
“Jelas sekali bagi kami, itu adalah simbol penghormatan. Kamu tidak perlu berfikir panjang untuk isu berkaitan dengan rasa hormat dan semangat kesukanan.”
“Saya sendiri pernah memberikan pasilo kepada Real Madrid ketika bergelar pemain. Selainya agak kontroversi. Esok kami akan memberikan Betis Guard Of Honor.”
Atletico not giving Real Madrid the Guard of Honor.
Xavi: "For us it's clear. It is a sign of respect. You don't have to think beyond respect & sportsmanship. I gave the pasillo to Madrid in my time. The rest is controversial. Tomorrow we'll give Betis the Guard of Honor." pic.twitter.com/C9syXOmqz6
— M•A•J (@Ultra_Suristic) May 6, 2022
Tradisi Guard Of Honor sudah lama bertapak dalam bola sepak terutama sekali di Sepanyol. Namun sejak akhir akhir ini ianya menjadi tradisi yang semakin dilupakan beberapa kelab terutama sekali kelab besar.
Real Madrid sebelum ini pernah menolak untuk memberikan Barcelona Guard Of Honor. Kerana Zidane menganggap tradisi Guard of Honor itu sudah dirosakkan oleh Barca sendiri.
Zidane merujuk kepada keengganan Barca melakukan Guard Of Honor kepada Real Madrid ketika mereka bergeluar juara Piala Dunia kelab. Alasan Barcelona adalah, mereka hanya memberikan guard of honor untuk juara pertandingan yang mereka turut sertai sahaja.
Kini giliran Atletico Madrid pula enggan memberikan guard of honor kepada Real Madrid atas alasan tidak mahu dijadikan bahan jenaka dan aib di mata penyokong kelab lain.
Seterusnya, Diego Simeone menyatakan bahawa kelab mereka menyokong perbezaan budaya. Milsanya dia orang Argentina, mereka tidak ada tradisi guard of honor. Dan dia tidak perlu rasa bersalah untuk tidak melakukannya.
Di masa lampau, Real Madrid pernah memberikan guard of honor kepada pasukan Johan Cruyff yang memenangi liga.
Kemudian, pada era Carles Puyol sebagai kapten, mereka pernah melakukan perkara serupa kepada Real Madrid di Nou Camp.
Puyol menegaskan, sebagai penyokong Barca dia merasakan perkara itu dia tak gemari, tetapi atas kapasiti seorang atlet, dia melakukannya demi menjunjung semangat kesukanan.
7 de mayo del 2008.
El pasillo que nos hizo el Barça cumple hoy 15 años. Qué gran momento:pic.twitter.com/eduiOFkYWu
— Madrid Sports (@MadridSports_) May 6, 2022