Atletico Madrid dilaporkan menawarkan Athletic Bilbao untuk memakai jersi ‘home’ pasukan mereka dalam aksi yang akan berlangsung di Wanda Metropolitano.

Baca Juga:

Kedua dua pasukan akan bertemu pada 20 Februari akan datang dalam aksi La Liga.

Atletico menyatakan bahawa, mereka memahami pentingnya sejarah dalah sesebuah pasukan bola sepak itu.

Dan mereka membawakan mesej jelas bahawa, kita harus menjaga dan menghormati asal usul kelab.

Oleh sebab itu Atletico Madrid sedia membenarkan Athletic Bilbao memakai jersi tuan rumah walaupun hari itu mereka tampil sebagai pasukan pelawat.

Kedua dua pasukan masing masing memakai jersi merah putih ataupun disebut rojiblancos.

Atlético juga akan memberi penghormatan kepada lawan mereka itu dengan meletakkan beberapa informasi tentang penubuhan kelab tersebut pada hari perlawanan itu nanti.

Bukan itu sahaja, Atletico Madrid tersebut turut menjemput beberapa pemain yang pernah menyarung jersi kedua dua pasukan untuk hadir.

Senarai itu termasuk Javier Clemente, Julio Salinas, Ezquerro, Goicoetxea, Irureta atau Aranzubia, adalah antara nama yang dijemput hadir.

Terdapat juga jamuan persahabatan antara peminat kedua-dua kelab, untuk menunjukkan hubungan yang menakjubkan, di semua peringkat, antara kedua dua kelab.

Athletic Bilbao 'home' kits

Mereka juga menganggap penyokong penyokong yang akan berkumpul pada hari Ahad di pesta ulang tahun ke-125 Athletic sebagai saudara.

Semangat kesukanan yang harus dipuji ditunjukkan kem Atletico Madrid dengan membenarkan Athletic Bilbao memakai jersi ‘home’ keramat mereka dalam aksi itu nanti.