Aston Villa mengumumkan bahawa kelab itu menjalinkan kerjasama dengan kelab Jepun, Vissel Kobe. Dan kerjasama itu menumpukan usaha membangunkan pemain pemain muda daripada kedua dua kelab.

Pembangunan pemain akademi adalah fokus utama kerjasama antara Aston Villa dan Vissel Kobe termasuk berkongsi idea, serta aspek teknikal dan praktikal.

Kedua dua kelab akan bertukar tukar kepakaran teknikal dan kaedah kejurulatihan. Kerjasama turut melibatkan aspek pembangunan prestasi, scouting dan rekrut pemain, analisis data serta pengurusan skuad secara lebih besar.

Lebih penting kerjasama antara kedua dua kelab akan membuka peluang dua hala kepada bakat dari Jepun bermain di Eropah. Dan bakat dari Aston Villa beraksi di Liga Jepun terutama sekali pemain pemain remaja mereka.

Dengan adanya pertukaran pegawai dan jurulatih yang akan aktif berlaku, maka diharap pemain pemain yang terlibat dalam program pertukaran ini kelak akan lebih selesa berlatih di tempat baharu mereka.

Jepun telah menjadi negara yang aktif melahirkan bakat bakat elit di Eropah. Ini termasuk Takefusa Kubo, Takehiro Tomiyasu serta Kaoru Mitoma. Mereka semua berharga sangat tinggi di pasaran eropah.

Analisis: Kaoru Mitoma Pemata Baharu Hasil Risikan Scouting Brighton

Aston Villa boleh mendapat manfaat daripada perkongsian kepakaran dan kerjasama strategik ini. Begitu juga dengan Kobe yang boleh menunjukkan pemain muda berbakat nereka di pentas EPL atau eropah.

Sebagai permulaan, pasukan B-16 Jepun akan berlatih di Akademi Aston Villa dalam tempoh lawatan mereka.

Kemudian pasukan akademi Aston Villa pula akan terbang ke Jepun pada 2024 untuk terlibat dalam pertandingan antarabangsa peringkat remaja.