Melaka United FC tidak rela terlepas slot ke suku akhir Piala FA dan berazam mahu mengekalkan rentak konsisten selepas berjaya menang dua kali berturut-turut dalam aksi terakhir Liga Super.
Bakal berdepan PJ City FC, Sabtu ini di Stadium Hang Jebat, ketua jurulatih sementara, Mohd Asri Ninggal berharap mereka mampu menebus kehampaan semasa tewas 0-1 kepada lawan yang sama di aksi pembukaan Liga Super.
Namun dalam masa sama, beliau memandang tinggi kemampuan PJ City yang mampu berikan cabaran hebat kepada pasukan lain walaupun menggunakan 100 peratus pemain tempatan.
“Kali ini,Melaka akan turun dengan kesebelasan berbeza berbanding semasa tewas kepada PJ di Stadium MBPJ.
“Bermain di tempat sendiri, sudah tentu jangkaan agak tinggi daripada peminat tetapi jangan sama sekali memandang rendah kemampuan lawan.
“Biarpun dibarisi semua pemain tempatan, mereka dapat buktikan kehebatan pada perlawanan terakhir apabila dapat menjaringkan dua gol dalam tempoh 20 minit bagi mengikat Kedah, 3-3.
“Jadi kami perlu bersiap sedia sepenuhnya dengan kedatangan PJ City kerana moral mereka pasti di tahap terbaik selepas dengan apa mereka tunjukkan di dalam perlawanan terakhir.
“Dalam perlawanan ini, kami dijangka berpeluang menurunkan Adriano setelah lebih sebulan tidak beraksi kerana cedera namun Justin Baas belum pulih dari masalah kecederaan pangkal paha,” katanya kepada MFL.
.@MelakaUnitedFC tidak rela terlepas slot ke suku akhir Piala FA dan berazam mahu mengekalkan rentak konsisten selepas berjaya menang dua kali berturut-turut dalam aksi terakhir Liga Super.#PialaFA2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 13, 2022
Melaka United sejak dibawa kendalian Asri belum tewas dalam dua perlawanan terakhir di Liga Super apabila menang berdepan Sri Pahang FC (2-1) dan Kedah Darul Aman FC (3-2), kedua-dua aksi berlangsung di laman lawan.
Ditanya mengenai apa dilakukan dalam sehingga pasukan berjaya bangkit dari kemerosotan prestasi, bekas pemain Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka di era 80-an dan 90-an itu mengakui dia ada banyak lakukan perubahan dari segi pemilihan pemain dan penggunaan formasi.
“Selepas saya mengambil tempat jurulatih asal, perkara pertama dilakukan ialah saya menyenaraikan enam pemain baharu dalam kesebelasan utama.
“Selain itu, saya mengubah formasi pasukan dari 4-3-3 kepada 4-2-3-1 kerana mahu menguatkan bahagian tengah ditambah pada waktu awalnya saya tidak dapat gunakan dua pemain import iaitu Adriano serta Emmanuel Oti.
“Ternyata strategi saya itu berkesan dan pemain cepat menyesuaikan diri sehingga mendatangkan hasil yang positif,” katanya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Lebih 22,000 Penyokong Telah Hadir Menyaksikan Perlawanan Derbi Selatan Di Stadium Paroi
Zhafri Yahya Akui Gol Lawan Penang Yang Tercantik Pernah Dihasilkan
Berusia 41 Tahun, Amri Yahyah Tiada Masalah Ledak Hatrik Bantu Sabah ‘Tibai’ Kedah 4-0
CEO Terengganu FC Terkilan MFL Ubah Jadual Tanpa Berbincang Dengan Rakan Kongsi
Ultras Dan Kelab Penyokong Kedah Terima Dana Daripada KFA Beli Peralatan Muzik