Arsenal sekali lagi menawarkan Pierre-Emerick Aubameyang dengan kontrak lanjutan yang baharu.
Ini selepas beberapa tawaran sebelum ini ditolak. Namun kedua dua pihak buat masa ini masih belum mencapai kesepakatan.
Menurut laporan L’Equipe (via GFFN), Aubameyang masih tidak mempersetujui apa apa dengan pasukan Arsenal.
Sementara itu, Fabrizio Romano melaporkan Arsenal sudah menawarkan Aubameyang kontrak sejak Disember lalu. Namun masih tidak dapat meyakinkan pemain itu untuk terus kekal.
Aubameyang masih membuka pintu untuk dirinya sama ada untuk kekal ataupun meninggalkan Asrsenal.
Berita ini pastinya tidak menggembirakan Mikel Arteta, yang sebelum ini sudah sah akan kehilangan David Luiz kerana pengurusan tertinggi memutuskan untuk tidak menawarkan kontrak kepada pemain bek tengah Brazil itu.
Sign that contract, @Aubameyang7. We love you. ⚡️ pic.twitter.com/hwzaaG3i1u
— Eduardo Hagn (@EduardoHagn) May 31, 2020
Arsenal dilaporkan tidak akan memberikan dana yang besar kepada Arteta dalam jendela perpindahan akan datang terutama sekali jika mereka gagal ke UCL.
Arsenal berdepan dengan tekanan ekonomi kerana COVID-19. Laporan di UK juga menyebut, Mikel Arteta perlu untuk merancang sendiri dana perpindahan beliau dengan menjual beberapa pemain untuk mendapatkan dana bagi membeli pemain.
Antara pemain yang mulai dikaitkan ialah Pierre-Emerick Aubameyang jika pemain itu masih tidak komited kepada Arsenal selepas ini.
Hal ini kerana Arsenal mahu mengelakkan pemain itu pergi secara percuma selepas kontrak beliau berakhir.
Baca juga perkembangan lain dari Eropah
5 Klausa Pelik Pada Kontrak Pemain, Mungkin Ini Sebab Chamberlain Selalu Masuk Minit Ke-71
Dortmund Bantai Paderborn, Sancho Berikan Solidariti Buat George Floyd