La Liga sudah menyatakan secara rasmi bahawa mereka akan memulakan liga bermula 11 Jun akan datang.
Seperti yang diwar-warkan sebelum ini liga Sepanyol akan disambung semula dengan derby Seville di antara Real Betis dan Sevilla.
La Liga berehat seketika sebelum ini kerana ditangguhkan dek kerana wabak koronavirus yang melanda.
Jawatankuasa pengendali liga telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) dan La Liga telah menyetujui format untuk menyambung baki 11 pusingan lagi untuk dua divisyen utama.
Pada Jumaat, Javier Tebas, presiden liga, memberitahu Marca: “Yang penting adalah mengetahui tarikh akhir musim 2019-20. Musim yang berikutnya akan bermula pada 12 September.”
Pemerintah Sepanyol minggu lalu memberi La Liga lampu hijau untuk disambung semula dari minggu bermula 8 Jun.
“Lebih daripada 130 orang pegawai kini bekerja sehingga semuanya dapat dilakukan dalam format baru: perjalanan, organisasi, semuanya,” kata Tebas.
Bundesliga Jerman sudah bermain tiga pusingan setelah dimulakan semula awal bulan ini, sementara Liga Perdana Inggeris dan Serie A Itali juga akan kembali pada pertengahan bulan Jun.
Tetapi musim untuk liga teratas di Perancis, Belgium dan Belanda semuanya telah berakhir.
Barcelona mendahului Real Madrid dengan dua mata di tangga teratas ketika La Liga dihentikan pada bulan Mac.
Semalam La Liga menerusi laman rasminya telah memuat naik jadual sepak mula apabila liga bersambung kelak.
Juara bertahan, Barcelona kembali beraksi berhadapan dengan Mallorca di tempat sendiri. Manakala Real Madrid akan berhadapan dengan Eibar pada aksi Ahad.
La Liga juga mengesahkan bahawa untuk minggu pertama, setiap hari akan ada perlawanan.
Kick-off times (CET) for Matchday 33 of #LaLigaSmartBank 2019/20. ⏰⚽️
🔥 #BackToWin 🔥 pic.twitter.com/Abrqd1oQjU
— LALIGA English (@LaLigaEN) May 31, 2020
Rata rata setiap pasukan akan bermain dua kali dalam tempoh lapan hari.
Baca juga perkembangan lain
La Liga Bersambung 11 Jun, Peminat Boleh Pilih Opsyen Hidup Atau Matikan Sorakan Virtual