Khabar gembira datang dari Jerman apabila pemain pertahanan muda negara, Annil Vigneswaran dilaporkan bakal beraksi bersama kelab yang beraksi di divisyen kedua liga bola sepak negara itu SV Sandhausen iaitu.
Perkara ini dikongsikan oleh Harimau Abroad dimana Annil memuat naik gambar di laman media sosial Instagram Story miliknya yang menunjukkan Annil berada di dalam bangunan kelab dan berjumpa dengan pegawai kelab.
According to his Instagram, it looks like Malaysia U23 defender Annil Vigneswaran has joined 2.Bundesliga club SV Sandhausen. pic.twitter.com/6MWGfWGmPu
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) February 26, 2022
Annil sebelum ini beraksi bersama kelab divisyen lima iaitu SGV Freiburg dan beliau menjadi sebahagian daripada skuad B-23 tahun negara yang beraksi di peringkat kelayakan AFC B-23 di Ulaanbaatar, Mongolia tahun lalu.
Penyenaraian Annil Vigneswaran dalam skuad negara mencetus tanda tanya namun ketua jurulatih, Brad Maloney menyatakan beliau dan staf kejurulatihan sudah lama memantau perkembangan Annil.
“Berhubung isu Annil ini, kami barisan kejurulatihan sebenarnya telah lama memantau perkembangan dan prestasinya. Bukan kita tak tengok langsung dan terus tiba-tiba meletakkan nama dia dalam senarai 23 pemain ke Mongolia ini.
“Penolong jurulatih, Khan Hung Meng pernah melatih pemain ini sebelum dia ke Jerman beberapa tahun yang lalu dan dia dilihat sebagai seorang pemain yang berbakat besar dan sejak itu, prestasinya sudah pun mula dipantau.
“Annil kemudian telah pulang ke Malaysia pada Disember tahun lalu untuk menyertai kem latihan pusat skuad B-19 kebangsaan tetapi malangnya kem latihan pusat pada masa itu tidak dapat dijalankan kerana Pusingan Akhir Kejuaraan B-19 AFC 2021 dibatalkan.
“Tapi sejak dari itu, kami sentiasa memantau perkembangan prestasi yang ditampilkannya di Jerman dan berdasarkan video dan maklum balas yang diterima, cukup positif.,” kata Brad.
Ketika ini, SV Sandhausen berada di tangga ke-16 dalam carta liga 2. Bundesliga dimana mereka mengumpul 25 mata selepas menghadapi 23 perlawanan.
Dengan kekal beraksi di Jerman, Annil menyertai beberapa pemain muda lain yang beraksi di Eropah seperti Luqman Hakim Shamsuddin (KV Kortrijk) dan Amar Makruf (AD Alcorcon).
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:
Neville Persoal Tindakan Tuchel Keluarkan Mendy Dan Masukkan Kepa