Bekas pemain sayap skuad kebangsaan Indonesia, Andik Vermansah dikhabarkan semakin hampir untuk menjadi senjata terbaru TRW Kelantan.
Baca Juga:
- TRW Kelantan Bawa Masuk Lima Pemain Import Baharu
- RM10 Juta Tak Cukup Beli Pasukan TRW Kelantan
- Adakah RM5 Juta Nilai Yang Wajar Bagi TRW Kelantan?
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana kedua-dua pihak sedang berbincang mengenai beberapa syarat.
🚨Deadline day. Kelantan FC dalam rundingan akhir untuk menandatangani Andik Vermansah. Difahamkan, bekas pemain Selangor dan Kedah itu akan terbang ke Malaysia esok jika bersetuju dengan terma perjanjian. 🛫🇲🇾
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) July 31, 2023
Andik Vermansah ketika ini berstatus ejen bebas selepas dilepaskan oleh Bhayangkara FC pada hujung musim lalu.
Andik menjadi salah satu dari beberapa pemain ternama di Liga 1 Indonesia yang masih belum mempunyai kelab walaupun saingan musim 2023/2024 sudah bermula.
Selain Andik, beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia seperti Irfan Bachdim, Lerby Eliandri dan Yanto Basna turut berdepan kesukaran mencari kelab baharu.
Ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada 205 hingga 2018, Andik Vermansah dikenali sebagai pemain sayap yang mempunyai kelincahan serta kelajuan yang cukup baik.
Tiga musim bersama Selangor menyaksikan pemain itu memenangi satu gelaran Piala Malaysia pada 2015 dan muncul sebagai naib juara pada musim berikutnya.
Kejuaraan Piala Malaysia kekal menjadi satu-satunya piala yang dimenangi Andik ketika beraksi di Liga Malaysia dan pada 2019, pemain berusia 31 tahun itu kembali ke Indonesia dengan menyertai Madura United.
Andik dilihat masih relevan sekiranya ada kelab Liga Malaysia mengambil khidmatnya ekoran mempunyai pengalaman yang luas mengenai bola sepak negara ini.
Sebelum ini, Kelantan telah menandatangani lima pemain import baharu iaitu Dennis Buschening, Youssef Ezzejjari, Alie Sesay, Ahmed Magdy serta seorang penjaga gol dari Iran, Aliakbar Ahmadi.