Carlo Ancelotti menjawab soalan tentang, mana satu lebih sukar, memenagi liga ataupun memenangi Liga Juara Juara Eropah.

Real Madrid sudah rasmi memenangi La Liga pada musim 2021/22. Kini tumpuan adalah kepada Liga Juara Juara Eropah kurang seminggu lagi.

Madrid boleh menamatkan musim ini dengan double. Manakala Liverpool boleh menamatkan musim dengan 3 piala.

Menurut Carlo, Liga Juara Juara Eropah adalah pertandingan yang lebih sukar daripada liga domestik. Ini kerana, pasukan yang bertanding di UCL tidak ada ruang untuk gagal dalam setiap perlawanan.

Carlo berkata: “Dalam Liga Juara Juara Eropah, kamu tak boleh gagal. Dalam liga pula, kamu masih boleh memperbetulkan masalah kamu.”

“Dua pertandingan ini adalah dua pertandingan yang berbeza. Namun ianya memiliki dua karakter yang berbeza.”

Seterusnya, Ancelotti pastinya tidak boleh lari daripada soalan tentang Kylian Mbappe. Di mana pemain itu dilaporkan membuat pusingan U untuk terus kekal di PSG.

Menurut Ancelotti, semua pihak harus menghormati keputusan Mbappe. Ancelotti tidak mahu isu tersebut mengganggu fokus mereka dalam persiapan ke perlawanan akhir UCL.

Pengurus legenda asal Itali itu berkata: “Jelas sekali untuk kami, di mana kami harus memikirkan tentangnya. Kita harus menghormati keputusan yang dibuat semua pihak [Real Madrid, PSG dan Mbappe].”

“Saya tak nak berbicara dan tidak memikirkan tentang Mbappe langsung. Sekarang ini kita harus fokus kepada final Liga Juara Juara Eropah.”

Real Madrid kini dalam misi UCL ke-14 dalam sejarah kelab mereka. Manakala Liverpool pula dalam misi UCL ke-7 dalam sejarah mereka.