Carlo Ancelotti mempersoalkan keputusan pengadil yang membatalkan gol Marco Asensio dalam aksi antara Barcelona dan Real Madrid.
Baca Juga:
- Man United vs Fulham: Red Devils Ke Semifinal, Fulham Dapat ‘Tripple’ Kad Merah
- Selangor vs JDT: Gergasi Merah Mudah Dibelasah Harimau Selatan
- Arsenal vs Sporting: The Gunners Terus Kempunan Piala Eropah
Barcelona berjaya menang sekali lagi dalam el-clasico dengan menewasakan Real Madrid 2-1 di Nou Camp. Jaringan lewat Franck Kessie Ahad telah membantu Barca mendahului 12 mata di puncak La Liga.
Kemenangan tersebut telah melemahkan cita-cita Madrid untuk mengekalkan kejuaraan dan membuatkan pasukan Catalan itu hampir menjulang trofi liga buat kali pertama sejak 2019.
Real Madrid kendalian Carlo Ancelotti mendahului menerusi gol sendiri Ronald Araujo tetapi Barcelona menyamakan kedudukan apabila Sergi Roberto menjaringkan gol sebelum separuh masa pertama berakhir.
Kedua-dua pasukan berpeluang untuk memenangi perlawanan dan Marco Asensio menjaringkan gol untuk Madrid, tetapi gol itu ditarik balik kerana ofsaid selepas dinilai VAR.
Alejandro Balde melorongkan bola yang disempurnakan oleh Frank Kessie pada minit ke-92. Dan ianya membuatkan Nou Camp menjadi gila meraikan gol tersebut.
Xavi gembira dengan kemenangan itu, namun menyatakan bahawa perjuangan mereka masih belum selesai.
“Ia bukan penamat tetapi ia adalah langkah yang sangat penting,” kata Xavi kepada pemberita.
“Berada 12 mata di atas puncak La Liga, kami menjalani kempen liga yang luar biasa, saya sangat gembira untuk itu dan bangga melihat pasukan bermain.”
Xavi kinim telah menjadi pengurus pertama menang 3 el clasico dalam semusim sejak Pep Guardiola.
Presiden Real Madrid, Florentino Perez menolak untuk hadir ke perlawanan itu buat kali pertama dalam tempoh lebih 20 tahun, di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat antara dua gergasi Sepanyol itu.
Xavi meminta peminat untuk menjadikan stadium sebagai medan tekanan dan mereka bertindak balas, dengan menyerahkan seluruh raga, mengejek pemain pemai Real Madrid setiap kali mereka menyentuh bola.
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menyatakan bahawa mereka kalah kerana pengadil yang memberikan ofsaid kepada gol Asensio yang masih diragui.
“Kami tidak menang kerana ofsaid yang kami masih ragu-ragu,” keluh Ancelotti.
“Kami berhak menang pada hari ini.”
Ancelotti: "We deserved to win today." pic.twitter.com/YilxAThAtl
— Barça Universal (@BarcaUniversal) March 19, 2023
“Saya tidak begitu pasti. Kami mempunyai keraguan mengenainya, dan kami kembali ke Madrid dengan keraguan ini,” tegas Ancelotti lagi.