JDT tidak melakukan permulaan yang baik dalam aksi di Korea Selatan menentang Ulsan Hyundai.

Ulsan Hyundai berjaya membenam JDT 3-1 di tempat mereka sendiri. Dalam aksi di mana barisan tengah JDT tidak berfungsi dengan baik.

Ulsan Hyundai dianggap hadir ke perlawanan ini dengan prestasi tidak menentu. Namun mereka membuktikan bahawa mereka masih pasukan yang istimewa dalam kempen ACL.

Ulsan Hyundai pressing dan pressuring

Dua perkara ini yang dilakukan dengan baik oleh pasukan Korea Selatan itu. Mereka menimbulkan suasana tidak nyaman kepada pertahanan JDT sama ada dengan sistem pressing (tekanan berpasukan) ataupun pressuring (tekanan secara individu).

Mereka agresif secara pressing dan permainan secara 1 v 1 yang fizikal. Membuatkan JDT tidak mendapat sebarang rentak kira kira 20 minit pertama permainan serta sebahagian besar separuh masa pertama.

Mereka kemudian mengurangkan sedikit intensiti pada pressing selepas 20 minit permainan pada kedudukan 3 gol di hadapan.

Dan jelas organisasi mereka bersedia dengan sistem 4-2-3-1 ketika bertahan di kawasan sendiri. Dilihat pada statistik, Ulsan Hyundai tidak ghairah mengejar penguasaan bola kerana mereka tahu mereka ada 3 gol.

Namun Ulsan juga ada isu dengan disiplin individu ketika pressuring membuatkan pemain mereka dibuang padang yang memaksa mereka menukar corak permainan pada separuh masa kedua.

Pertahanan JDT teruk pada separuh masa pertama

Ludwigson menjadi ancaman paling besar JDT. Dia selalu mendapat ruang dan jarak yang selesa untuk dia menerima dan melarikan bola.

Ludwigson menjadi pemain terbaik dalam perlawanan ini walaupun hanya bermain 45 minit. Impak dia sangat besar. Menjaringkan 2 gol. Dia adalah fokal serangan mereka adalah Ludwigson.

Seterusnya sistem marking JDT juga benar benar bermasalah ketika gol pertama ini. Di mana Jordi Amat terlalu cepat membiarkan pemain dirantainya hilang daripada kawalannya.

Organisasi tengah JDT

Ini adalah kunci kepada kenapa Ulsan Hyundai mendapat 3 gol pertama mereka dalam 18 minit pertama. Mereka bermaharajalela di bahagian tengah dan berterusan mencetuskan ancaman.

JDT sedar mereka berdepan dengan pasukan yang bermain high pressing. Setiap kali blok paling rendah mereka memenangi bola, mereka tidak dapat aliran bola yang baik pada proses serterusnya. Ataupun tidak ada free flowing.

JDT mulai hilang karakter mereka pada awal perlawanan. Mereka tidak menunjukkan falsafah bola sepak atau DNA mereka. Berbeza ketika menentang Kawasaki Frontale dan BG Pathum sebelum ini, walaupun tertekan mereka masih mampu cuba bermain bola sepak mereka sendiri.

Separuh masa kedua JDT lebih baik

Pada separuh masa kedua JDT tampil dengan lebih baik. Dengan lawan mereka kekurangan seorang pemain.

JDT melakukan lebih banyak percubaan pada separuh masa kedua, sedangkan Ulsan Hyundai mencetak 0 percubaan tepat pada 45 minit terkahir. Bergson antara pemain paling cemerlang dalam perlawanan ini, di belakang Gustav Ludwigson.

JDT tidak memanfaatkan beberapa peluang mereka. Misalnya situasi ini:

Namun masalah utama JDT adalah mereka tidak memiliki akses lebih banyak ke kawasan penalti lawan. Ini adalah purata posisi pemain mereka di atas padang.

Rumusan

JDT memulakan perlawanan ini dengan permulaan yang tidak menentu membuatkan mereka dihukum. Ketinggalan 3-0 terlalu sukar untuk dikejar. 

Perubahan taktikal separuh masa kedua lebih kepada mencari kestabilan dan tenaga untuk menyerang. Namun Ulsan Hyundai menunjukkan mereka tidak perlu terbawa emosi dalam perlawanan ini. Mereka fokus kepada sistem lebih bertahan dengan kekurangan seorang pemain.