Luis Enrique ternyata melakukan eksperimen untuk menguji sistem dengan ultra offensive sejak wisel permulaan lagi.

Baca Juga:

PSG dikejutkan Newcastle dengan jaringan 4-1 di St James Park dan kami mendapati trio serangan PSG sebenarnya tiada disiplin taktikal sebagai satu pasukan.

1. Mbappe tidak ada hala tuju

Kylian Mbappe menjadi tunjang utama serangan PSG. Dia diberikan peranan bebas dalam perlawanan ini. Namun dia kelihatan tidak ‘mewujudkan rantaian’ serangan pasukannya.

Mbappe kelihatan menagih khidmat pemain tengah yang mampu menjadi perancang untuknya dan dia akan bermain dengan larian overlap.

Seterusnya Giancarlo Ramos kelihatan agak terlalu ‘try hard’ dalam perlawanan ini. Hanya cuba memikirkan menjaringkan gol dan tidak memikirkan soal kordinasi taktikal.

Ousmane Dembele juga hampir mengalami masalah yang sama dengan Mbappe. Pemain yang tercari cari apa yang harus dia lakukan.

2. PSG terlalu ofensif

Sebenarnya PSG menurunkan 4 pemain yang sangat ofensif di atas padang iaitu Kolo Muani, Mbappe, Dembele dan Ramos. Dengan kesemua unit serangan ini malas untuk bertahan apabila diserang balas atau bertahan dalam bola mati.

Enrique kelihatan cuba membuat eksperimentasi dengan sistem ini yang jelas di atas kertas sangat ofensif. Dan ianya hari yang salah.

Sumbangan mereka ketika bertahan sangat rendah membuatkan Newcastle sentiasa mewujudkan ancaman ketika menyerang balas.

Di bahagian tengah PSG tidak stabil. Mereka ada penguasaan yang tinggi namun untuk pertarungan di tengah mereka tidak ada pemain yang boleh menghubungkan semua unit. Mungkin harus diakui kehilangan Marco Verratti agak dirasai.

3. Newcastle profesional

Mereka sedar mereka bukan pasukan pilihan dengan kehilangan Sven Botman di barisan pertahanan membuatkan mereka tahu hanya dengan disiplin berpasukan dan berjuang bermati matian sahaja cara mereka mengelak kalah.

Namun mereka sentiasa ada peluang untuk menang jika diberikan ruang di bahagian pertahanan. Setiap pemain mereka sentiasa bersedia ‘back up’ ataupun ‘doubling’ satu sama lain. Mereka bekerja sebagai unit dengan kerajinan yang tinggi.

Dan di sepertiga akhir mereka tidak seperti PSG yang overplay. Ada peluang mereka cuba sudahkan walaupun dari luar kotak penalti.

Kekuatan mereka bermain secara unit menjadi lebih manis apabila serangan mereka sangat tajam dalam menghasilkan gol.

4. Prestasi Guimaraes dan Trippier

Dua pemain ini yang tiada dalam skuad PSG. Pemimpin pasukan dan jeneral di tengah padang.

Trippier menunjukkan kualiti kepimpinannya dalam perlawanan ini, sentiasa memberikan motivasi dan membantu rakannya.

Guimaraes melakukan kerja yang sama di tengah dan dia benar benar bermain dengan sangat baik. Statistik ini bukti yang nyata.

Rumusan

PSG ada sedikit simptom terlalu yakin dalam perlawanan ini. Dan pemain mereka agak ego mahu menunjukkan skil masing masing di barisan serangan.

Di pertahanan, mereka tidak ada pemain yang benar benar mampu memimpin. Walaupun mereka ada Marquinhos namun ciri ciri kepimpinan itu hilang kerana mereka sepanjang malam bermain tertekan.

Enrique juga harus bertanggungjawab dengan sistem yang dia pilih dengan terlalu ramai pemain ultra offensive di atas padang ternyata eksperimen yang gagal.