Bekas penyerang Selangor, Amri Yahya kemungkinan akan menyarung jersi Kelantan dalam saingan Liga Premier musim 2020 selepas pengurus pasukan itu, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari mengesahkan pihaknya ada berunding untuk membawa masuk pemain tersebut.

Menurut kenyataannya dalam Sinar Harian, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyerahkan kepada ketua jurulatih, Yusri Che Lah untuk membuat keputusan sama ada ingin mengambil Amri beraksi memperkuatkan jentera serangan skuad The Red Warriors.

“Baru-baru ini, ada ejen kepada Amri datang untuk berunding tetapi perbincangan itu tiada kata putus. Kita serah kepada Yusri sama ada beliau mahu atau tidak mengambil Amri.

“Apa yang boleh saya katakan, di pihak pengurusan kita bagi sepenuh kepercayaan kepada ketua jurulatih untuk membuat keputusan,” katanya.

Amri Yahyah
Sumber Gambar: Goal.com

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan beliau akan menyarung jersi Perak namun belum ada pengesahan rasmi sehingga kini.

Amri memutuskan untuk meninggalkan Selangor buat kali kedua kerana enggan menandatangani kontrak lanjutan bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Faktor utama bekas pemain Johor Darul Ta’zim dan Melaka United itu meninggalkan gergasi merah kerana dipercayai mempunyai konflik bersama pengendali pasukan, B.Satiananthan.

Selain itu, Amri turut memberi bayangan pasukan yang akan disertai beliau pada musim hadapan akan menjadi lawan yang sukar untuk Selangor dan beliau akan memastikan bekas pasukannya itu tidak akan meraih kemenangan ketika berdepan pasukan barunya.

Mengulas mengenai persiapan pasukan Kelantan, Wan Rakemi berkata pihaknya dalam proses menilai beberapa pemain import yang akan tiba untuk diuji sebelum menandatangani pemain yang layak.

“Ada beberapa pemain import yang datang untuk trial bersama kita. Dalam dua atau tiga hari lagi ada dua import yang akan sampai dan jika Yusri kata okay, maka kami akan bersetuju dengan import itu.

“Apa sekalipun, saya percaya kami akan dapat menyiapkan pasukan dengan barisan pemain yang bagus sebelum liga bermula dan memberikan tentangan dalam saingan liga nanti,” ujarnya.

Baca artikel lain untuk mengetahui perkembangan pasukan Liga Malaysia musim 2020 melalui pautan dibawah.

Felda United Dinobatkan Sebagai Juara Piala Edy Rahmayadi 2020

Presiden PAFA Beri Jaminan Jersi Perak Kali Ini Lebih Cantik

ACL2020: Tai Po FC Kalah Semua 5 Perlawanan Terakhir Saingan Domestik, Petanda Awal Kedah FA Bakal Terbang Ke Korea Selatan

Sumber