Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan kualiti jersi skuad The Bos Gaurus untuk musim 2020 yang disediakan oleh jenama dari Jerman iaitu JAKO dikategorikan sebagai ‘cikai’.
Menurut kenyataanya dalam Sinar Harian, beliau memberi jaminan jersi Perak kali ini lebih cantik dan bakal dipertontonkan kepada para penyokong dalam masa terdekat.
“Kalau semua benda kita nak tunjuk, kita tak ada element of surprise. Tak tahulah kat luar cerita macam-macam.
“Jersi kita tak ada masalah. Cantik, saya dah tengok. Orang tanya Jako ke apa ke, tunggulah. Nanti saya bagitahulah.
“Tak payahlah saya umumkan dahulu. Begitu juga pemain,” kata Ahmad Faizal juga Menteri Besar Perak.
Majlis pelancaran jersi pasukan Perak FA musim 2020 sepatutnya dilangsungkan pada hari Sabtu lalu di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh telah dibatalkan kerana pihak penganjur dikatakan menghadapi masalah teknikal.
Tindakan PAFA membatalkan program itu di saat akhir telah menimbulkan rasa tiada puas hati dalam kalangan penyokong yang datang dari jauh.
Ahmad Faizal menjelaskan beliau yang meminta penangguhan program berkenaan kerana sedang berada di luar Ipoh untuk menyertai program bersama Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika itu.
“Saya yang minta tangguh program itu kerana saya tidak berada di Ipoh pada masa itu. Ia tidak dapat dielakkan.
“Apapun, kami akan adakan program itu dalam tempoh terdekat ini,” jelasnya.
Jenama JAKO bukan kali pertama mempunyai masalah seperti ini kerana sebelum mereka juga turut menghadapi masalah ketika bersama pasukan Pahang FA sehinggakan skuad Tok Gajah terpaksa mencari alternatif lain menggunakan jenama FILA sekitar musim 2017.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan Perak melalui pautan dibawah.
Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?
Abu Bakar Fadzim Tidak Tolak Kemungkinan Perak II Gunakan Pemain Import