Erik Ten Hag akhirnya mengesahkan sendiri laporan bahawa Sofyan Amrabat mengalami kecederaan dan tidak akan terlibat dalam tugasan menentang Brighton.
Baca Juga:
- Amrabat Alami Kecederaan Ketika Tugasan Antarabangsa
- Sofyan Amrabat Disyaki Ada Kecederaan Ketika Tiba Di United
- Maguire Dedah Man United Gembira Dia Tak Jadi Ke West Ham
Manchester Evening News sebelum ini melaporkan bahawa doktor perubatan di Manchester Unuted mengesan ada kecederaan pada Amrabat ketika pemeriksaan medikal.
Namun kelab benar benar terdesak mahukan pemain itu dan meneruskan proses menandatangani pemain itu secara pinjaman.
Lagipun pakar perubatan di Man United percaya bahawa kecederaan itu tidak serius dan akan sembuh dalam masa terdekat.
Namun begitu, pasukan kebangsaan Maghribi tetap memanggil pemain tengah itu untuk tugasan antarabangsa. Dan pemain itu akhirnya disahkan cedera ketika latihan.
Ten Hag berkata: “Amrabat, dia kembali daripada tugasan antarabangsa bersama Maghribi dengan kecederaan. Jadi dia tak akan tersedia untuk beraksi esok [hari ini].”
Ten Hag yakin pemain itu akan membuat debut dalam masa terdekat dan akan memberikan kegembiraan kepada peminat Man United.
Dalam pada itu, Ten Hag turut yakin pasukannya akan bangkit selepas kekalahan di tangan Arsenal.
Dia menegaskan bahawa mereka sudah sedia meberikan tindak balas di atas keputusan yang mereka catatkan di Emirates.
Sambil mengingatkan bahawa United beraksi dengan sangat baik menentang Arsenal.
“Kami beraksi sangat baik secara berpasukan. Dan kami berhak untuk memenangi perlawanan ketika menentang Arsenal walaupun akhirnya kami tak berjaya melakukannya.”
“Kami sudah sedia untuk menunjukkan reaksi kami di atas keputusan tersebut. Kami akan beraksi dalam perlawanan yang berkualiti [menentang Brighton]”.