Sofyan Amrabat sebelum ini tiba di Manchester United dengan doktor kelab mendapati pemain itu ada mengalami kecederaan kecil di bahagian belakang.
Baca Juga:
- Sofyan Amrabat Disyaki Ada Kecederaan Ketika Tiba Di United
- Ejen Sahkan Sofyan Amrabat Tak Berminat Tinggalkan Fiorentina
- Man United Mahu Beli Balik James Garner Kerana Situasi Mason Mount
Rundingan ini tetap diteruskan kerana yakin ianya bukan kecederaan serius.
Pemain itu kemudian menyertai Maghribi untuk tugasan antarabangsa. Malangnya, doktor pasukan kebangsaan Maghribi menasihati agar Amrabat dikecualikan daripada tugasan kerana ianya kecederaan berisiko jika dia terus bermain.
Manchester United deadline day signing Sofyan Amrabat has withdrawn from the Morocco squad with an injury 🤕 pic.twitter.com/7u4U3Z8TzI
— B/R Football (@brfootball) September 8, 2023
Jadi Amrabat tidak akan terlibat dalam tugasan kebangsaan kali ini. Namun tak dapat dipastikan sama ada dia akan terus kembali ke Man United.
Berita terbaru ini menyaksikan Amrabat mungkin akan menangguhkan sedikit debutnya bersama Manchester United.
Sebelum ini Rasmus Hojlund turut dikesan mengalami kecederaan di kakinya ketika dia tiba. Man United memutuskan untuk tidak segera memberikan debut kepada pemain itu.
Hal ini mereka tidak mahu menanggung kesan lebih buruk. Dan pemain itu hanya membuat debutnya ketika menentang Arsenal. Di mana dia menjukkan aksi yang agak mengujakan walaupun United tewas 3-1 di Emirates.
Sofyan Amrabat menyertai Man United dengan nilai bayaran pinjaman £8.5 juta. Dan kelab itu boleh membelinya secara tetap dengan nilai tambahan £21.5 juta lagi pada musim hadapan.
Pemain itu adalah keutamaan Erik Ten Hag untuk mengisi bahagian tengah. Memandangkan Casemiro sudah semakin berusia. Pemain itu juga boleh bergandingan dengan Casemiro sebagai pivot kembar.