Alvaro Arbeloa jelas tidak suka dengan soalan wartawan yang bertanya tentang pandangannya berakaitan Kylian Mbappe yang menyukai (like) hantaran di media sosial yang mengaitkan Jose Mourinho dengan jawatan tetap di Real Madrid.

Ketika ini, Arbeloa masih bergelar interim dan dia antara calon untuk jawatan tetap.

Namun dalam beberapa minggu kebelakangan ini, nama The Special One, kembali dikaitkan dengan Real Madrid.

Bintang Los Blancos, Kylian Mbappe telah menekan tanda suka pada hantaran sebuah laman peminat yang melaporkan bahawa Jose Mourinho dikaitkan dengan Real Madrid.

Arbeloa menyatakan bahawa dia tidak peduli tentang perkara berkaitan like di media sosial. Kerana fokusnya adalah kepada mencari kemenangan.

Arbeloa berkata: “Saya tidak peduli dengan ‘like’. Dia boleh ‘like’ apa sahaja hantaran dia nak. Tentang Jose Mourinho, dia boleh like tentang Julia Roberts, atau sesiapa sahaja.”

Skuad Arbeloa menamatkan musim ini tanpa sebarang trofi. Dan misi mereka ketika ini adalah menamatkan liga di kedudukan kedua. Kerana Barcelona sudah jauh meninggalkan mereka.

Real Madrid masih mencari pengurus tetap. Selain Jose Mourinho, nama Jurgen Klopp dan Zinedine Zidane turut dalam senarai calon pengurus baharu Real Madrid.