Liga Arab Saudi, terus aktif di bursa perpindahan kali ini Al Hilal mendapatkan Ruben Neves sebagai pemain baharu mereka.

Baca Juga:

Kali ini Al Hilal mengeluarkan €55 juta untuk membeli Neves dari Wolves. Yang kontraknya masih ada baki setahun lagi.

Selepas menyelesaikan pembelian Neves, Al Hilal kini dalam proses untuk menandatangani Kalidou Koulibaly.

Koulibaly sudah berada di fasa rundingan terma peribadi dengan kelab tersebut.

Seorang lagi pemain Chelsea, Hakim Ziyech pula dikaitkan dengan Al Nassr.

Chelsea sedia melepaskan 2 pemain itu sebagai usaha untuk mengimbangi akaun FFP mereka.

Chelsea yang bergelut untuk menjual Havertz dan Mason Mount pada harga lebih £70 juta setiap seorang pemain.

Penandatanganan pemain pemain ini sebagai respon kepada seteru seteru mereka yang lain yang turut mendapatkan pemain pemain bintang besar dari Eropah.

Sebelum ini Al Hilal terlepas peluang mendapatkan Messi yang menyertai Inter Miami. Walaupun mereka menawarkan kontrak luar biasa kepada pemain itu

Seteru mereka yang lain, seperti; Al Nassr mendapatkan Cristiano Ronaldo, seterusnya Al Ittihad mendapatkan Karim Benzema dan N’golo Kante.

Dan beberapa kelab lain turut dalam proses memburu tandatangan bintang bintang bola sepak yang berpangkalan di Eropah.

Pembelian Ruben Neves sememangnya agak mengejutkan kerana pemain itu menjadi sasaran banyak kelab besar di Eropah.

Dalam beberapa musim terakhir ini, Neves pernah dikaitkan dengan beberapa gergasi Liga Perdana Inggeris seperti Man United dan Arsenal.

Neves merupakan salah seorang pemain tengah elit di eropah, untuk kelab dan negaranya.

Al Hilal yakin Ruben Neves akan menjadi nadi penting dalam projek bola sepak mereka untuk jangka panjang memandangkan usia pemain itu baru 26 tahun dan masih bermain di tahap tertinggi.