Presiden Al-Hilal menegaskan bahawa Ronaldo berminat sertai Al-Hilal. Sekaligus menafikan laporan di Eropah yang menyatakan sebaliknya

Baca Juga:

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu dilaporkan meminta perpindahan dari Man Utd pada musim panas.

Fahad ben Nafel, presiden kelab yang memliki rekod juara 18 kali Arab Saudi, Al-Hilal, turut digelar raja bola sepak Arab Saudi, telah mendakwa dia mengadakan perbincangan dengan Cristiano Ronaldo mengenai potensi perpindahan.

Pelbagai laporan mendakwa Ronaldo cuba meninggalkan Manchester United pada musim panas selepas musim yang mengecewakan, di mana kelab itu gagal layak ke Liga Juara-Juara berikutan penamat Liga Perdana di tempat keenam.

Perpindahan mengejut ke Arab Saudi telah dilaporkan oleh pada satu ketika semasa musim panas. Ronaldo didakwa mendapat tawaran kontrak dua musim bernilai €300 juta untuk bermain di Timur Tengah.

Namun beberapa laporan di UK menyebut Ronaldo tolak tawaran dari Arab Saudi itu kerana mengutamakan aspek kesukanan. Di mana dia mahu bermain di kelab yang beraksi di UCL sahaja.

Ronaldo berminat sertal Al-Hilal

Ben Nafel mendedahkan sisi lain cerita tersebut. Menurutnya, Ronaldo berminat sertai Al-Hilal. Sehinggakan rundingan sudah memasuki fasa akhir.

Namun alasan utama mereka gagal meneruskan rundingan adalah larangan oleh CAS yang tidak membenarkan perpindahan pemain itu dari Manchester United ke Arab Saudi itu.

Hal ini kerana Al Hilal dikenakan penggantungan oleh CAS daripada membeli pemain. Ianya selepas mereka menggunakan pintu belakang mendapatkan Mohamed Kanno daripada menyertai Al-Nassr.

Kanno sebelum itu sudah setuju menyertai Al-Nassr, tiba tiba berubah fikiran. Lebih memburukkan keadaan, Kanno sudah menandatangani kontrak dengan Al-Nassr. Dan dia didapati memiliki 2 kontrak pada satu masa ketika menandatangani kontrak dengan Al Hilal.

Al-Hilal merupakan kelab yang dikendalikan Ramon Diaz. Di mana mereka turut memiliki pemain pemain seperti Matheus Pereira, Luciano Vietto, Moussa Marega dan Odion Ighalo – yang pernah menyarung jersi United.

“Ya, kami [Al-Hilal] berunding dengan Ronaldo,” kata Ben Nafel kepada saluran YouTube Thamanya.

“Masalahnya bukan pada wang atau prinsip seperti mereka dakwa, Al-Hilal mampu membawa masuk bintang dunia, tetapi keputusan Pusat Timbang Tara Sukan yang menghalang kami daripada mendaftarkan pemain ini.”

Ben Nafel mendedahkan bahawa mereka masih menunggu peluang sesuai untuk menyambung semula rundingan dengan Ronaldo.

“Kami tidak berhenti berunding dengan pemain walaupun berdepan keputusan yang mengharamkan rundingan tersebut. Kami terpaksa menangguhkan rundingan yang sudah memasuki peringkat akhir sehingga larangan itu ditarik balik.”

Perjanjian semasa Ronaldo dengan United akan tamat pada musim panas depan, walaupun terdapat pilihan untuk melanjutkannya selama 12 bulan lagi sehingga 2024.