Kelab Arab Saudi, Al Ettifaq sedia menawarkan gaji luar biasa kepada kapten Liverpool, Jordan Henderson – yang juga merupakan pemain antarabangsa England.

Baca Juga:

Di mana Henderson ditawarkan gaji sekitar £700 ribu seminggu oleh kelab Arab Saudi itu. Angka itu dilaporkan hampir 4 kali ganda lebih besar daripada apa yang dia dapat di Liverpool pada ketika ini.

Beberapa minggu lalu, Al Ettifaq melantik legenda Liverpool, Steven Gerrard sebagai pengurus baharu mereka. Gerrard diberikan kebebasan untuk memilih pemain yang dia mahukan untuk dibida oleh kelab.

Dan kini sedia untuk mendapatkan seorang lagi kapten Liverpool yang membantu kelab itu menjualg UCL iaitu Jordan Henderson.

Daily Mail melaporkan, Henderson mempertimbangkan tawaran tersebut dan berbincang dengan Jurgen Klopp tentang perananannya di kelab itu pada musim hadapan.

Dengan usianya yang semakin lanjut, dan kehadiran pemain pemain tengah baharu, Henderson mungkin meminta untuk dilepaskan ke Al Ettifaq.

Henderson sedia untuk menyertai kelab Arab Saudi tersebut jika Liverpool mahu menjualnya.

Ianya akan menjadikan Henderson sebagai penerima gaji tertinggi di Liga Arab Saudi dan antara yang tertinggi di dunia di kalangan atlet sukan.

Henderson sudah pun berusia 33 tahun. Dia sudah memenangi segalanya bersama dengan Liverpool. Dan pemain itu merasakan mungkin sudah tiba masanya untuk dia memikirkan wang sebelum persaraannya.