Kapten Liverpool, Jordan Henderson bakal melengkapkan perpindahannya ke Al Ettifaq yang bermain di Liga Pro Saudi.
Baca Juga:
- Al Ettifaq Tawarkan Henderson £700,000 Seminggu
- Al Ahli Mahu Riyad Mahrez Selepas Dapatkan Firmino Dan Mendy
- Szoboszlai Pilih No.8 Di Liverpool Kerana Gerrard
Laporan sebelum ini menyebut bahawa Jordan Henderson ditawarkan gaji £700,000 seminggi di kelab tersebut yang kini diuruskan oleh legenda Liverpool Steven Gerrard.
Fabrizio Romano menulis: “Liverpool dan Al Ettifaq mencapai persetujuan secara prinsipal bagi harga untuk Jordanm Henderson – Here We Go.”
Henderson setuju dengan kontrak 3 tahun bersama kelab Arab Saudi terebut.
EXCLUSIVE: Liverpool and Al Ettifaq just reached an agreement in principle on fee for Jordan Henderson — here we go! 🚨🔴🇸🇦
Henderson already agreed three year deal last week, documents to be checked then time to sign and move to Saudi.
Steven Gerrard, waiting for JH. pic.twitter.com/dH96SgMURe
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 19, 2023
Jordan Henderson sudah lama menyatakan keinginannya untuk bermain di Arab Saudi sebaik sahaja mendapat tawaran daripada Al Ettifaq. Dia menunggu kedua dua kelab mencapai kesepakatan harga.
Henderson merupakan pemain yang menjadi ketua pasukan Liverpool ketika kelab itu menamatkan penantian kejuaraan EPL selama 30 tahun.
Henderson turut mengetuai Liverpool menjulang kejuaraan Liga Juara Juara Eropah 2019.
Dia menjadi pemain penting era Jurgen Klopp. Namun bergelut dengan kecergasan pada musim lalu.
Klopp kini dalam proses untuk mencari pengganti kepada Jordan Henderson. Sebelum ini Liverpool sudah mendapatkan Alexis Mac Allister untuk mengisi posisi bahagian tengah.
Selain daripada Henderson, Fabinho juga dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi.
Liverpool kini bercadang untuk mendapatkan pemain tengah baharu untuk mengisi pemergian Jordan Henderson, dan kemungkinan juga pemergian Fabinho.
Sebelum ini, seorang lagi pemain yang dianggap sudah layak bergelar legenda Liverpool, Roberto Firmino sudah mengesahkan dia menyertai Al Ahli sebagai ejen bebas.