Al Ahli berminat mendapatkan Riyad Mahrez dengan menawarkan harga £30 juta untuk pemain tersebut.

Riyad Mahrez sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi. Namun kali ini Al Ahli benar benar serius mahukan pemain kebangasaan Algeria itu.

Al Ahli sedia membayar gaji sekitar £25 juta semusim kepada pemain penyerang sayap prolifik tersebut.

Al Ahli sebelum ini sudah membawa masuk Roberto Firmino secara percuma serta pembelian Edouard Mendy dari Chelsea.

Al Ahli turut dikaitkan dengan Sadio Mane dari Bayern Munich. Di mana mereka dilaporkan sedia menggabungkan semula Firmino dengan Sadio Mane.

Edouard Mendy

Dan kini berusaha untuk mendapatkan Riyad Mahrez dari Man City. Riyad Mahrez dilaporkan tidak terburu buru untuk menerima tawaran dari Arab Saudi itu.

Namun jika kelab berhasrat untuk menerima tawaran itu, Riyad Mahrez tidak ada masalah untuk pergi.

Berdasarkan kenyataan Guardiola sebelum ini, Riyad Mahrez masih menjadi pemain penting di dalam projek beliau di Manchester City.

Jadi, segalanya ketika ini tidak jelas tentang situasi Mahrez.

Manchester City tidak terdesak untuk melepaskan Riyad Mahrez selagi lagi pemain itu gembira dengan perananannya bersama dengan kelab itu.

Tetapi dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

Riyad Mahrez pemain yang kreatif dan juga memiliki rekod jaringan gol yang sangat baik.

Bekas penyerang sayap Leicester itu seringkali menjadi pemain yang akan menjelmakan magisnya ketika diperlukan oleh Man City.

Adakah Al Ahli akan dapat meyakinkan Riyad Mahrez menyertai mereka?