Bekas penyerang Liverpool, Roberto Firmino menjadi pemain terbaru yang bakal beraksi di Saudi Pro League apabila beliau sah menyertai Al-Ahli.

Baca Juga:

Perkara ini dikongsikan oleh Fabrizio Romano menerusi laman media sosial baru-baru ini dimana Firmino telah mencapai kata sepakat dengan Al-Ahli dan menandatangani kontrak sehingga 2026.

Selain Roberto Firmino, Al-Ahli yang menjadi kelab promosi dari divisyen dua musim hadapan sebelum ini turut menandatangani bekas penjaga gol Chelsea iaitu Edouard Mendy.

Beberapa kelab seperti Inter Milan, Galatasaray bahkan Real Madrid berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Brazil itu namun Firmino memutuskan untuk berhijrah ke Timur Tengah dan menerima gaji yang tinggi.

Kelab dalam saingan Saudi Pro League sedang menggila ketika ini dimana mereka mendapatkan pemain bertaraf bintang yang sebelum ini beraksi di Eropah.

Al-Ittihad melengkapkan perpindahan penyerang Perancis dan pemenang Ballon D’Or iaitu Karim Benzema dimana pemain itu menandatangani kontrak selama dua tahun dan menerima gaji sebanyak £345 Juta.

Baru-baru ini, Al-Ittihad baru sahaja melengkapkan perpindahan seorang lagi pemain dari Perancis iaitu N’Golo Kante dari Chelsea.

juga tidak mahu ketinggalan apabila menandatangani pemain tengah Portugal iaitu Ruben Neves dari Wolverhampton Wanderers.