Firma pelaburan dari Arab Saudi yang juga pemilik Newcastle United, Public Investment Fund (PIC) sah menjadi pemilik kepada empat kelab yang bersaing di liga negara itu iaitu Al-Ittihad, Al-Ahli, Al-Nassr dan Al-Hilal.

Baca Juga:

Baru-baru ini, PIC mengumumkan mereka telah membeli sebanyak 75 peratus saham dalam setiap kelab dan menjadikan syarikat itu sebagai pemegang saham terbesar sekaligus menjadi pemilik.

“Empag kelab Saudi iaitu Al Ittihad, Al Ahli, Al Nassr dan Al Hilal masing-masing dimiliki oleh PIF dan menunubuhkan sebuah yayasan bagi setiap kelab. Ahli sedia ada setiap kelab akan dimasukkan ke dalam empat yayasan.

“PIF bekerjasama rapat dengan Kementerian Sukan mengenai semua prosedur kawal selia yang diperlukan untuk melengkapkan pemindahan kelab ke struktur baharu mereka sebagai syarikat yang baru diasaskan bersama yayasan bukan untung.

“Pemilikan PIF dalam syarikat kelab mewakili 75% dalam setiap kelab, manakala yayasan bukan untung masing-masing memegang 25% pemilikan setiap kelab,” dipetik dari kenyataan rasmi syarikat itu.

Kelab yang dibeli oleh PIF ini mempunyai reputasi yang tersendiri dimana Al-Nassr mempunyai pemain bintang iaitu Cristiano Ronaldo.

Al-Ittihad pula baru sahaja melengkapkan perpindahan penyerang Perancis dan pemenang Ballon D’Or iaitu Karim Benzema dimana pemain itu menandatangani kontrak selama dua tahun dan menerima gaji sebanyak £345 Juta.

Baru-baru ini, Al-Ittihad baru sahaja melengkapkan perpindahan seorang lagi pemain dari Perancis iaitu N’Golo Kante dari Chelsea.

Bagi Al-Hilal, mereka juga tidak mahu ketinggalan apabila menandatangani pemain tengah Portugal iaitu Ruben Neves dari Wolverhampton Wanderers.

PIF mula menjadi bualan setelah syarikat dari Arab Saudi itu menjadi pemilik Newcastle United pada awal musim 2022/2023.