TV9 kekal menyediakan program sukan yang menarik khas buat peminat bola sepak. Bersempena dengan Piala Asia 2023 yang akan datang, TV9 akan menyiarkan perlawanan persahabatan antarabangsa Skuad Harimau Malaya bagi persiapan pasukan bola sepak negara untuk perlawanan kelayakan.

Acara dimulai dengan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak: Malaysia lawan Brunei dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak: Malaysia lawan Hong Kong. Sudah tentu ramai peminat dan penonton tidak sabar melihat aksi-aksi hebat daripada pemain tanah air seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Safiq Rahim.

Keseronokan diteruskan dengan perlawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak iaitu Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023, perlawanan ini akan bermula pada 8 Jun hingga 14 Jun 2022 yang melibatkan 24 buah negara asia berlangsung di 6 buah negara yang menjadi tuan rumah pusingan kelayakan dan salah satu tuan rumah untuk pusingan kelayakan ini adalah Malaysia. Acara pusingan kelayakan yang melibatkan Malaysia akan dijalankan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Juara daripada setiap kumpulan dan 5 pasukan kedua terbaik akan layak bersaing di pusingan akhir Piala Asia 2023 dengan disertai negara tuan rumah iaitu China yang akan dilangsungkan nanti.

Pasukan Malaysia bakal bertanding dengan pasukan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh di dalam kumpulan pasukan E. TV9 bakal menyiarkan kedua-dua perlawanan persahabatan serta perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 yang melibatkan pasukan tanah air.

Ayuh sama-sama kita menyokong skuad Harimau Malaya dengan menonton perlawanan yang disiarkan di TV9. Semoga pasukan Malaysia layak ke peringkat seterusnya di Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

Kim Pan Gon Mahu Lihat Sendiri Aksi De Paula Dalam Dua Perlawanan Persahabatan

Tiket Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 Sudah Mula Dijual

Sukan SEA: Dua Jaringan Luqman Bantu Malaysia Tewaskan Laos

Nooa Laine Tidak Akan Beraksi Di Sukan SEA

Harimau Malaya Uji Myanmar Dan Hong Kong Di Stadium Nasional Bukit Jalil